berita

Bertahun Tunggu, Sweet Qismina Syukur Berjaya Beli Rumah Sendiri

January 22nd, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Semalam, pelakon jelita Sweet Qismina berkongsi berita gembira apabila dia baru sahaja memiliki rumah sendiri setelah bertahun menunggu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Jujur, Ini Perut Buncit Je’ – Sweet Qismina Nafi Sedang Hamil

‘Bersyukur tak terhingga’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berpeluang membeli rumahnya sendiri.

Menurut Sweet, dia sudah bertahun mencari rumah dan menunggu kelulusan daripada pihak bank, malah dia juga pernah mengeluarkan banyak duit pendahuluan untuk menempah rumah, namun belum mempunyai rezeki untuk memiliki rumah.

Bismillahirrahmanirrahim, macam mana ya nak mula? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ni. Bertahun- tahun cari rumah. Bertahun juga la tunggu nama lepas kat bank.

Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya setahun itu memang kehulur kehilir dengan mama pergi tengok pameran rumah(terima kasih Mama untuk segalanya).

Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok. Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan untuk tempahan. Tapi itu la, Allah kata bukan rezeki kan.

Kita redha. Rumah ni pun, patutnya tahun lepas dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Adam Lee  sudah mempunyai perancangan untuk membeli rumah sebelum mereka berkahwin lagi.

Yang penting, Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang. Rasanya niat tu penting kan? Masih ingat bila kita berbincang dan saya cakap

“Sayang, sebelum kahwin jom kita pastikan masing-masing dapat beli asset dulu. Untuk keluarga. Jom kita buat benda ini sama-sama”.

Lihat, kita dapat buat Sayang! dan kita dapat buat juga Mama. Terima Kasih ya Allah atas pinjaman dunia ini.

Menerusi pemerhatian OhBulan!, rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Sweet dan keluarganya.

Sekadar info, Sweet telah mendirikan rumah tangga dengan Adam Lee pada 24 Oktober 2023.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×