Selepas enam minggu berentap, keenam-enam pasangan duo bakal berhadapan dengan sesi penyingkiran di pusingan separuh akhir Famili Duo 2023, yang akan berlangsung pada malam Ahad ini.
Menampilkan tema ‘‘Hip Hop / Dance’, apakah strategi dan persiapan kesemua peserta minggu ini dan siapa di antara mereka yang berjaya untuk menempah tiket ke pusingan akhir nanti?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Famili Duo 3: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Dapat Markah Perfect 10! Mas Idayu Siap Ajak Duet
Siapa akan mara ke pusingan akhir?
Foto: Juri tetap Famili Duo (Mas Idayu & Ajai)
Menang tiga kali di Famili Duo 2023 bukanlah alasan untuk duo adik-beradik ini untuk berasa selesa di pentas tersebut. Menurut Sharif, selepas enam minggu mereka berasa ada perubahan dan peningkatan dari segi nyanyian.
Saya rasa kami improve dari segi nyanyian dan stamina. Kami memang menjaga stamina untuk persembahan. Banyak yang kami telah belajar daripada cikgu vokal iaitu Cikgu Delly, abang Zahid dan rakan-rakan pelawak yang lain. Kami rasa ‘struggle’ sebab tema minggu ini bukan forte kami dan tak pernah bawa genre ini. Yang penting, kami akan cuba dan memastikan kami selesa di pentas dan dapat menghiburkan penonton.
Bagi persiapan dan kejutan untuk persembahan minggu ini, Sharif berkata mereka akan tampil dengan kejutan pada setiap minggu. Minggu ini, kejutan kami adalah membuat persembahan genre hip hop dan dance yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Kami akan stress kalau lambat hafal lagu dan persembahan tak mantap. Jadi, nak hilangkan stress, kami akan berlatih setiap hari sampai hafal lagu. Bila kita asyik menyanyi dan enjoy dengan latihan, stress akan terus hilang. Kami akan pastikan setiap minggu kami bagikan yang terbaik.
Bagi duo sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran pula, mereka menduduki tangga kedua di carta keseluruhan hasil daripada lontaran idea yang kreatif dan memberikan prestasi yang konsisten di setiap minggu.
Menurut Bahran, sepanjang dalam Famili Duo ini, mereka berpeluang untuk membuat persembahan mengikut konsep berlainan setiap minggu.
Kami sedar persembahan yang mempunyai konsep ini lebih menarik dan menonjol tetapi bukan mudah! Apabila mempunyai konsep tertentu, ia membuatkan kami perlu bekerja lebih keras.
Konsep minggu ini pula ialah Hip Hop / Dance yang sememangnya bukan forte kami berdua dan tentunya mencabar sikit. InsyaAllah, dengan usaha dan latihan, kami akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan persembahan yang baik untuk minggu ini. Setiap pertandingan mesti ada stress termasuklah Famili Duo.
Saya rasa beban stress tu kurang sikit sebab saya naik pentas bukan seorang, tetapi berdua, dengan Haqiem sepupu saya. Jadi, apa-apa masalah, kami akan berbincang dan selesaikan dengan baik. Kami tak pernah nak berputus asa untuk bagi yang terbaik dan tidak putus mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga.
Ujar Haqiem pula, dia sudah faham mengenai konsep persembahan yang dimahukan dalam Famili Duo.
Ia sangat bagus untuk kami mantapkan lagi prestasi persembahan kami dan boleh digunakan di mana-mana pentas yang lain. Hip Hop/dance bukan forte kami, tapi bagi menghormati konsep, sudah pastinya kami akan rap dan buat sketsa, cuma kejutan persembahan, anda semua kena tunggu malam itu. Kami perlu perah otak untuk menang hati juri dan memberikan persembahan yang unik. Saya berharap dapat lepas ke pentas final.