Apa sahaja yang dilakukan oleh aktres dan usahawan Fatin Afeefa bersama suami, Aliff Awang, mesti akan menjadi topik bualan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Bertahun Menangis, Saya Layak Untuk Gembira’ – Fatin Afeefa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Senang Tengok Fatin Afeefa Keluar Isi Minyak, Suami Duduk Dalam Kereta – ’10 Tahun Kahwin Tak Pernah Buat’
Funds received
Terbaru, Fatin ada berkongsi tangkapan skrin (screenshot) transaksi bank daripada suaminya yang terpapar di skrin telefon bimbitnya, pada Jumaat.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon berumur 29 tahun itu menutup nilai wang yang diterima dengan kapsyen, ‘Maintenance eh?’
Meskipun jumlah itu dikaburkan namun pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin seakan menerima nilai mencecah lima angka.
Dalam pada itu, Aliff turut ‘repost’ entri itu dengan menyifatkan perkahwinan juga satu bentuk perniagaan.
Marriage is a business.
Pada 30 Disember tahun lalu, pelakon filem Tentang Bulan dan Aliff bergelar suami isteri, dalam majlis akad nikah secara tertutup di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, manakala menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin memiliki cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 11.
Sumber: Instagram