berita

[VIDEO] Netizen Tak Senang Tengok Fatin Afeefa Keluar Isi Minyak, Suami Duduk Dalam Kereta – ’10 Tahun Kahwin Tak Pernah Buat’

January 31st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak berkahwin, pelakon Fatin Afeefa dan suami yang merupakan jutawan muda, Aliff Awang, sering menjadi sorotan mata warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Dicop ‘Tak Boleh Pakai’ Biarkan Isteri Beratur Ambil Makanan, Ini Respon Fatin Afeefa– ‘Biarlah Aku Nak Cari Pahala Lebih’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Bertahun Menangis, Saya Layak Untuk Gembira’ – Fatin Afeefa

Isi minyak

@yoursbabe_11 Eh bukan dngn laki ke? #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia ? original sound – Yours_

Tidak cukup dengan isu Fatin beratur untuk mengambil makanan kepada suaminya, kali ini aktres cantik itu keluar isi minyak kereta pula mencuri perhatian.

Usahawan itu dilihat keluar daripada kereta McLaren berwarna hijau dan meminta tolong pekerja yang bertugas untuk mengisi RON 97.

Macam-macam reaksi

Perbuatan itu menjadi topik hangat kerana ada yang bersetuju dan juga bantah. Ada pengikut yang merasakan sepatutnya Aliff yang keluar daripada kereta, baru nampak ‘gentleman’.

Selain itu, golongan isteri lain mendedahkan mereka tidak pernah turun isi minyak dan hanya menunggu di dalam kereta.

Bagaimanapun, geng ‘single’ menyatakan sudah terbiasa melakukan sendiri kerana tidak ada pasangan hidup.

Sekadar info, Fatin telah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 30 Disember lalu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×