berita

Bertukar-Tukar Gambar Kemaluan Dengan Budak Perempuan 9 Tahun, Atuk Ini Dijatuhi Hukuman Penjara

February 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Padah melakukan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, seorang lelaki warga emas dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun.

Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’, Guru Luah Kerisauan Budaya Lucah

Artikel Berkaitan: Atuk Gatal ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Perempuan Muda Dalam Tandas

Kandungan mesej seksual

Gambar sekadar hiasan

Billy George West yang berusia 79 tahun telah mengaku bersalah atas pertuduhan memikat seorang kanak-kanak perempuan bawah umur selepas mereka bertukar-tukar mesej teks lucah, gambar kemaluan dan gambar bogel.

Pada April tahun lalu, Billy menghantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak itu dan juga menerima gambar kemaluan kanak-kanak tersebut walaupun dia mengetahui kanak-kanak itu masih dibawah umur.

Ibu kanak-kanak perempuan tersebut mendakwa bahawa anak perempuannya telah menerima mesej lucah daripada Billy yang menggunakan nama panggilan sebagai ‘Piper’. Pihak polis mendapati terdapat tangkap layar imej bogel Billy dan kanak-kanak itu serta mesej teks seksual di dalam telefon bimbit tersebut.

Susulan itu, dia di dakwa di Mahkamah Majistret Carlsbad, Amerika Syarikat atas kesalahan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak, meminta bahan lucah terhadap kanak-kanak melalui peranti komunikasi elektronik (kanak-kanak bawah 13 tahun) dan menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak terlibat dalam eksploitasi seksual (kanak-kanak bawah 13 tahun).

Warga emas tersebut turut dikenakan bayaran denda sebanyak RM22380 (5000 dollar) di bawah Akta Keadilan bagi Mangsa Pemerdagangan Manusia 2015 atas kesalahan yang sama.

Sumber: Current Argus

SKIP THIS AD ×