berita

Berus Gigi Boleh Membatalkan Puasa? Ini Pencerahan Dari Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri

June 8th, 2016 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

Screen Shot 2016-06-08 at 12.39.54 PM

Dulu kita selalu dengar orang tua kata jangan gosok gigi ketika menjalani ibadah puasa kerana boleh buat puasa kita batal/makruh. Kita ni yang tak tahu apa-apa pun ikut la apa yang mereka katakan tu. Tapi menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengatakan bahawa amalan bersugi sering digalakkan sama ada di bulan Ramadhan ataupun tidak.

Tak membatalkan puasa selagi..

Screen Shot 2016-06-08 at 12.40.39 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Menurut Datuk Dr Mohd Asri, walaupun terdapat sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada zaman ini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa yang tertentu. Ia merupakan kenyataan yang tak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga mempunyai rasa yang tersendiri.

Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang.

Boleh timbulkan rasa tak selesa kepada orang bukan Islam

Screen Shot 2016-06-08 at 12.39.34 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Tambah Asri, walaupun terdapat sabda Rasulullah mengatakan bahawa bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah, tapi ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain menghidu bau yang busuk dari mulutnya.

Ia akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada orang yang bukan beragama Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan boleh membentuk gambaran yang negatif terhadap agama Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semula jadi ataupun naturality agama ini.

Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut.

Akhir sekali menerusi status Facebook miliknya berkata, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut akan jadi penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang menjalani ibadah puasa.

Berpuasa dan bersugilah.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×