berita

Bestnya Shopping Kat Sini! Butik-Butik Yang Ada Pun Sesuai Untuk Satu Family!

February 26th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Shopping kalau dah berkahwin ni sangat-sangat berbezalah kalau nak dibandingkan shopping time korang single dulu kan? Kalau dulu nak shopping dengan boyfriend atau kawan, satu hari nak pergi 3 shopping mall pun boleh! Dari satu mall ke satu mall, sampailah jumpa barang yang dicari tu.

Tapi bila dah berkahwin, banyak aspek korang kene fikir. Senang ke tak nak bawa stroller, ada tak tempat makan untuk family dan yang paling penting nak pergi satu shopping mall yang satu family boleh beli barang diorang. Lagi-lagi untuk ibu bapa yang bekerja. Kalau korang nak tahu ada je mall yang lengkap untuk semua orang yang korang boleh pergi!

Kalau korang tercari-cari mall yang family-friendly ni, dah boleh stop cari dah! Korang pergi je Alamanda Shopping Centre ni! Bukan boleh shopping je, siap boleh buat pelbagai aktiviti dan dengar cerita kanak-kanak boleh dapat hadiah harijadi dan hadiah misteri? Macam mana tuu?? Ha, kami mudahkan lagi pencarian korang, dekat bawah ni kami listkan ikut kategory lagi tau!

Ada ke baju untuk ibu bapa? Selalu baju budak-budak je banyak..

Selalu kalau dekat shopping mall ni yang senang nak cari baju-baju jalan atau baju untuk remaja. Nak cari untuk ibu bapa yang bekerja memang payah sikit kan? Lagi-lagi nak cari baju kerja yang elegant atau baju kerja yang muslimah.

Omar Ali

Nak cari baju melayu pun boleh sangat lah ke Omar Ali ni guys. Memang terkenal dengan one-stop centre untuk pakaian lelaki! Dari pakaian pengantin hinggalah ke pakaian santai semua pun ada. Time raya tak payah ceritalah memang kedai ni wajib kena serbu!

Smart Master

Untuk bapak-bapak yang cari baju kerja tu, boleh lah pergi ke  Butik Smart Master ni! Baju-baju diorang memang tip-top . Orang kata kalau pakai memang rasa lah baju tu dibuat khas untuk kita je. Selesa betul!

Fareeda dan Siti Khadijah

Ha, kedai ni tak payah cakap pun korang semua dah tahu dah best. Tudung Fareeda dan Telekung Siti Khadijah ni memang idaman kalbu setiap wanita tau. Tiap kali kali shopping mesti nak singgah kedai ni nak tengok latest trend kan? Kalau tak beli pun takpe dik, boleh lah usha-usha dulu nanti beli!

Butik Gulyn

Tak lengkap lah shopping kalau si ibu tak dapat baju kan? Kalau dah nama pun ibu, baju mereka mestilah nak extravaganza kan? Butik Gulyn ni sememangnya memberikan kelainan kepada si pemakai. Sebab apa, baju-baju mereka bertemakan pakaian Turki dan Timur Tengah! Sesuai untuk mereka yang gemarkan fesyen muslimah dan sopan.

Butik TUCZ

Ha, ini best. Tak semua tempat ada jual. Butik TUCZ ni jual baju-baju plus size! Barangan yang mereka jual jugak memang berkualiti tinggi tau. Diorang ni dah lebih 14 tahun pengalaman dalam bidang pakaian plus size ni. So, jangan risau lah.Diorang memang dah tahu apa yang nak ditawarkan kepada korang!

Ala…takkan nak beli baju sama design dengan Mak atau Bapa!

Ehh ehh siapa pulak yang cakap macamtu sis. Kalau korang nak cari baju kerja atau baju nak pergi kenduri boleh jugak pergi kedai yang sama. Kalau nak beli baju jalan.. pergi lah butik-butik ni!

Cotton On dan Uniqlo

Kedua-dua brand ni memang tak asing lagi lah dengan teenagers zaman sekarang kan? Biasanya kalau nak beli baju atau seluar memang teruuus je tuju kat dua kedai ni. Comey-comey baju dia!

Butik Levi’s

 

Nak cari jeans-jeans yang ngam dengan style korang pun boleh dengan Levi’s!

Untuk budak-budak pulak? Tak ada apa-apa special keee?

Ha ni lah nak habaq ni, kitorang galakkan ibu bapa yang bawa anak-anak jalan dekat Alamanda Shopping Centre  tu, join VIKids membership ni! Bukan apa, sayang tau kalau korang dah shopping-shopping barang anak-anak tapi tak dapat apa-apa. Dengan minimum spend sebanyak RM50 di mana-mana kedai kanak-kanak atau bayi, korang terus boleh jadi member tau!

Dengan VIKids membership, korang boleh dapat:

  • Hadiah Selamat Datang
  • Hadiah Misteri
  • Hadiah HariJadi 
  • Jemputan ekslusif ke aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

Hurm..kalau taknak shopping.. apa lagi aktiviti yang ada?

Kalau korang taknak shopping tapi just nak lepak-lepak dengan family, takpe! We’ve got you covered! Korang boleh pergi tengok wayang di GSC, main bowling di ARL Power Bowl atau pun aktiviti yang paling digemari ramai, karaoke di Platinum Superstar Karaoke!! Bukan biasa-biasa tau karaoke dia so korang kene try!

Alamanda Shopping Centre ni memang sesuai sangat kalau dapat gelaran  pusat beriadah untuk family tau sebab  dia lengkap dengan semua aktiviti dan butik-butik ni! Semua orang boleh beli barang yang diorang nak. Ha takde lah balik rumah nanti ada yang muka monyok kan tak dapat apa-apa.

Tapi, bukan itu je tau yang ada dekat Alamanda Shopping Centre ni, ada banyak lagi kedai-kedai yang mesti korang suka punya. Kalau nak tahu apa lagi yang ada dekat sini korang boleh lah check dekattttttt SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×