berita

‘Betis Pun Jadi Isu, Bukan Nak Jadi Bini Depa Pun’ – Janna Nick

September 26th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Penampilan pengacara dan pelakon Janna Nick di Melodi setiap hujung minggu sering mengundang bahan bualan netizen. Kali ini, skirt yang dikenakan Janna Nick sehingga mendedahkan bahagian betis telah menjadi perhatian netizen.

Pelakon ini melahirkan rasa kesal terhadap netizen yang mengutuk betis kakinya kelihatan besar dan gemuk. Ini respon Janna Nick yang aneh dengan sikap netizen dan mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.

Betis pun korang kutuk

Janna Nick menerusi laporan mStar berkata dia dia sendiri tidak faham mengapa bahagian betis kakinya itu dijadikan isu secara sinikal. Sedangkan dia percaya anggota badannya itu sumber pendapatan dan rezeki buat dirinya dalam industri.

Betis pun jadi isu, bukan nak jadi bini depa pun. Betis besar inilah yang bagi kami makan tau. Betis pun korang kutuk, tak faham! Tak suka saya menyanyi, berlakon atau mengacara saya boleh perbaiki diri tapi kalau betis besar nak pergi mana? Buat pembedahan plastik?

Dah tak ada hati nak layan

https://www.instagram.com/p/BoDo2yZgl6i/?taken-by=meloditv3

Pengacara Melodi ini juga dikatakan sudah lali dengan kritikan netizen. Sebelum ini juga dia pernah dikecam kerana penampilan yang terlalu ketat dan cara mengendali rancangan kelihatan tergedik-gedik.

Tak boleh berlakon, orang tak suka kita terima. Tak boleh mengacara, orang benci tidak mengapa kita terima juga. Tak boleh menyanyi orang kutuk kita terima. Cakaplah apa pun… Mek dah takde hati nak layan. Lepas jadi Leftenan Zana ni lagi la tiada perasaan.

Buat pengetahuan anda, Janna Nick kini sedang aktif menjalankan penggambaran sebuah drama dibawah penerbitan JS Pictures. Dalam drama tersebut Janna Nick memegang watak sebagai Leftenan Zana dan mungkin ini membuatkan Janna lebih berhati kental, tidak mudah mengambil hati teerhadap kritikan netizen.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×