Usahawan dan selebriti media sosial, Betty Rahmad berasa berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah anaknya, Ardy Wira untuk mempromosikan produk makanan tambahan kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Anak Betty Rahmad Laung Azan Pada Usia Empat Tahun -‘ Masya-Allah Anak Soleh’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Terinspirasi Daripada Anak Untuk Mempelajari Ilmu Agama
Testimoni krim tantrum?
Menerusi hantaran di Instagram Story, Betty mendakwa pihak tersebut telah menipu orang ramai dengan mengatakan anaknya merupakan testimoni kepada produk yang dijual.
Tegasnya, dia tidak pernah memberikan sebarang makanan tambahan buat satu-satunya cahaya matanya itu.
Tolonglah jangan meniaga dengan menipu macam ini. Tolong jangan terpedaya dengan iklan-iklan ini semua.
Saya tidak pernah sapu apa-apa krim tantrum atau sebagainya pada Wira atau bagi apa-apa makanan tambahan untuk bagi dia pandai.
Semuanya atas izin Allah dan saya serta suami berusaha sehabis baik untuk itu. Jangan percaya okay pengikut saya.
Pada hantaran sama, Betty turut memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan satu berita yang mengatakan anaknya merupakan testimoni krim khas untuk kanak-kanak yang mengalami penyakit tantrum.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, adik kepada pengarah Erma Fatima itu memberitahu dia tidak pernah mengambil kempen mahupun menjadi ‘endorsement’ untuk mana-mana produk.
Kalau nak fikir meniaga, saya dari dulu dah jual segala makanan tambahan kanak-kanak, krim lepastu boleh propa (menipu) cakap Wira pakai untuk dia behave dan jadi bijak.
Saya tidak pernah ambil endorsement atau kempen atau review kalau benda-benda berkaitan macam ini sebab memang Wira tak ambil apa-apa.
Saya percaya untuk anak sihat kena jaga semua sudut seperti makanan yang sihat, tidur yang cukup dan mak bapa yang rajin komunikasi dan ajar anak.
Justeru, Betty menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang produk yang menggunakan nama dan wajah anaknya.
Sumber: Instagram