berita

‘Betul Ke Dia Bunuh?’ – Bapa Surya Sebak, Terkilan Anak Dibunuh Rakan Sekolah

November 3rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Hati bapa mana yang tak remuk apabila mendapat tahu anak dibunuh dengan kejam oleh rakan sendiri. Lebih menyedihkan apabila anaknya meninggal dunia di hadapan ibu yang sedang terlantar sakit.

Artikel Berkaitan : ‘Suspek Merupakan Kawan Sekolah Mangsa, Motif Bunuh Berpunca Dari Salah Faham’

Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu menjadi perhatian orang ramai sejak semalam. Rata-rata bersimpati dengan nasib bapa yang kelihatan sebak menanggung ujian besar ini.

Betul ke dia bunuh?

Betul ke dia yang bunuh?

Pertanyaan yang terkeluar daripada mulut Ismail Muda sebaik mengetahui kenalan wanita Allahyarham Siti Nur Surya ditahan undang sebak netizen. Dia tidak menyangka gadis sebaya usia arwah dan dikenalinya sanggup mengambil tindakan kejam sedemikian jika benar dakwaan berkenaan.

Pada masa sama, dia sudah menjangkakan pelakunya adalah wanita berdasarkan kesan tapak kaki kecil, tetapi tidak tahu identiti individu terbabit.

Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta darah di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari.

Arwah sudah lama tidak berkawan dengan (suspek) wanita terbabit, tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pembunuhan.

Sanggup korban jaga ibu

Bapa arwah menyifatkan arwah seorang yang baik dan sangat menyayangi ibunya kerana sanggup berkorban menjaga ibunya.

Demi kasih arwah terhadap ibunya, dia sanggup mengorbankan pelajarannya apabila mengambil keputusan tidak menyambung pengajian selepas tamat tingkatan lima.

Dia bercita-cita menjadi seorang pelukis pelan dan sepatutnya menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari tahun ini.

Menurutnya, selepas kejadian semalam, isterinya, Zaini Musa ada bertanyakan di mana Siti Nur Surya yang mesra dipanggil kakak apabila mendapati ketiadaan ‘peneman setia’ itu.

Dia bertanya kakak mana, dan saya hanya menjawab kakak demam. Saya rasa dia (isteri) tidak tahu dengan apa yang berlaku. Pada zahirnya juga tidak nampak dia bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi batinnya kita tak tahu.

Ketika ditanya sama ada isterinya tahu atau tidak dengan kejadian itu, Ismail berkata, dia sukar untuk menyatakan situasi berkenaan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×