Semalam, media melaporkan penemuan mayat seorang gadis yang dipercayai disamun sebelum dibunuh dengan kejam. Ketika kejadian, ibu kepada mangsa yang terlantar sakit menjadi saksi anaknya telah dibunuh.
Artikel Berkaitan: Tak Mampu Buat Apa-Apa, Ibu Hidap Kanser Otak Saksi Anak Perempuan Dibunuh Penyamun
Terbaru, teman lelaki kepada mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Haiqal Adnan, 19 tahun, berkongsi Whatsappnya yang terakhir bersama mangsa. Kejadian ini berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu.
Whatsapp terakhir
Kali terakhir dia WhatsApp saya adalah pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu nak ke tempat kerja dan dia membalas, minta saya jaga diri
Haiqal yang merupakan teman lelaki kepada mangsa (Siti Surya Ismail) menceritkakan dia sudah mengenali Siti Surya sejak dua tahun yang lalu. Pemuda dari Kampung Medan Jaya, Rusila, Marang itu, pada mulanya tidak percaya dengan apa yang telah dimaklumkan oleh rakannya mengenai kejadian yang menimpa arwah teman wanitanya.
Pada mulanya, saya ingatkan rakan itu bergurau apabila dia memberitahu Siti Nur Surya mati dibunuh. Saya kemudian terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku.
Menurut Haiqal, dia bersama ibunya baru sahaja berjumpa mangsa pada Sabtu yang lalu, ketika mereka sedang menziarahi ibunya yang sedang terlantar sakit di atas katil. Tambahan pula, ibu kepada Siti Surya sempat berpesan kepada arwah supaya menjaga diri dan kesihatan.
Rancang kahwin tahun hadapan
Gambar sekadar hiasan
Kami merancang untuk buat majlis tahun ini tetapi disebabkan Covid-19, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami menangguhkan sehingga tahun depan.
Mengikut perancangan, mereka berdua telah merancang untuk bertunang dan sekali gus berkahwin pada tahun hadapan. Haiqal ketika ditemui, agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi hasrat arwah untuk berkahwin dengannya. Menurut sumber, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kampung Beladau Kepong untuk pengkebumian petang ini.
Dalam kejadian semalam, Siti Surya ditemui tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan oleh adiknya yang ketika itu baru sahaja pulang dari sekolah.
Sumber: Berita Harian