berita

‘Betul Ke Kalau Tunang Orang Boleh Pegang-Pegang? Tunang Okay Ke?’

September 4th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Umum sedia maklum, pelakon kecil molek Intan Najuwa telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan, tempoh hari. Ikatan pertunangan Intan Najuwa pernah menjadi buah mulut netizen apabila mengetahui bakal suaminya lebih berusia dari pelakon Tuan Danial itu.

Terbaru, Intan Najuwa memuatnaik sekeping foto didukung Idris Khan undang kecaman netizen. Rata-rata menasihati agar pelakon wanita itu lebih menjaga batas dan adat bertunang. Bukan hanya tamat disitu, Intan Najuwa tampil bidas kritikan netizen.

Tunang tu OK ke?

Rata-rata netizen mengkritik foto ini apabila menyaksikan situasi Idris Khan mendukung Intan Najuwa. Malah, berpendapat tindakan pelakon wanita itu tidak sepatutnya dengan status bergelar tunangan orang. Seolah tidak menghormati dan menjaga batas sebagai tunang.

Jaga je tunang masing-masing

Intan Najuwa telah respon beberapa kecaman netizen terhadap dirinya. Antaranya, pelakon ini tempelak netizen dan menasihati agar tidak menjaga tepi kain orang lain. Tambahnya, dia tidak pernah melakukan perkara terlarang tanpa pengetahuan tunangnya itu.

Ingat I tak ada duit ke?

Bukan hanya itu, Intan Najuwa turut respon kenyataan netizen yang mengatakan jika foto ini mencetuskan kemarahan tunang, nanti dia tidak dapat wang perbelanjaan untuk shopping.

Boleh bagi maksud kepada ramai orang

Jaga sikit pergaulan

 

Sumber: Intan Najuwa

×