Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mengakui sudah berkahwin dengan wanita lain dan mahu membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Safee Sali Ceraikan Fitria Dengan Talak Dua
Artikel Berkaitan: Sebutan Pengesahan Lafaz Cerai Dijangka Berlangsung Esok, Isteri Safee Sali Rindu Anak
Saya sudah kahwin
Memetik laporan Kosmo, Safee berkata, semua individu sememangnya tidak dihalang untuk berkahwin selagi ia sah dan menepati syarak.
Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan. Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan.
Terdahulu, konflik rumah tangga Safee dan bekas isterinya, Fitria Elfina Maharip, yang dibina sejak 11 tahun lalu terlerai selepas sah bercerai talak dua di mahkamah berkenaan.
Safee bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai wanita yang didakwa dinikahinya pada 26 Januari lalu.
Tambah bekas penyerang JDT itu, dia kini mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu dengan muhasabah diri sendiri.
Saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa dan belajar daripada apa yang berlaku.
Berbicara mengenai dakwaan Fitria Elfina tidak dapat menemui dua anak mereka, Safee memberitahu, perkara itu masih dalam prosiding mahkamah.
Alhamdulillah semua anak yang bawah jagaan saya dalam keadaan sihat dan mereka juga berpuasa penuh (sepanjang Ramadan).
Sebagai bapa, saya semestinya mahu melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan.
Sementara itu, Fitria Elfina bersyukur proses perceraiannya dipermudahkan namun akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menjaga dua anak mereka.
Saya kesal dengan sikap Safee yang menghalang berjumpa dengan anak kami sejak lebih sebulan lalu dan amat rindukan mereka.
Harapan untuk menemui anak masih tergantung dan saya akan mempertahankan hak penjagaan selepas penceraian ini.
Sumber: Kosmo