berita

Biar Betul Kahwin Budak Umur 11 Tahun? Isteri Ini Cerita ‘Kisahnya’

June 30th, 2018 | by faris
Kini Trending

Poligami menjadi isu yang tidak berkesudahan untuk dibincangkan. Masalah kemampuan si suami untuk memenuhi nafkah zahir dan batin isteri-isterinya menjadi persoalan utama bagi mereka yang kurang bersetuju, namun apa yang pasti Islam membenarkan poligami.

Seorang wanita meluahkan kisah suaminya yang berkahwin untuk kali ketiga dan isteri baru suaminya itu buat ramai terkedu.

Muatnaik foto madu, suami

Wanita berkenaan memuatnaik status dan gambar berhubung hal itu di Facebooknya semalam. Antaranya ucapan selamat pengantin baru untuk suami dan madunya yang baru berusia 11 tahun!

Turut disertakan adalah foto suami dan madunya yang bersalaman disamping seorang wanita pertengahan usia dipercayai ibu kepada madunya itu.

‘Sanggup kahwin budak 11 tahun…’

 

Isteri malang ini juga menceritakan insiden dia pernah kerosakan kereta di tengah jalan sebanyak 4 kali, apabila menghubungi suami hanya dibalas dengan kata-kata kesat sahaja. Apa yang lebih parah dia ketika itu membawa bersama 4 orang anak mereka.

Luahan sayu isteri

Turut diluahkan adalah derita yang ditanggung mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Wanita ini berkata dia sudah penat bekerja untuk membesarkan anak-anak mereka. Apabila wang belanja diminta, hanya sumpah seranah diberikan. Malahan mereka tidak pernah beraya atau bercuti bersama, tambah individu itu lagi.

Suami tak dengar nasihat

Tambah wanita ini lagi, dia dan isteri pertama suaminya bersama anak tiri sudah berbincang mengenai hal ini namun nasihat diberikan kepada suami mereka tidak berhasil. Lelaki itu tetap merasakan dia betul.

Netizen yang tidak berada di tempat mereka sudah tentunya tidak memahami situasi mereka, ujar wanita ini lagi.

Mesej anak tiri dengan ibu tiri 11 tahun

Wanita ini juga menyatakan pendiriannya tidak menyalahkan madu barunya itu namun menyalahkan suaminya. Mesej aplikasi Whatsapp dari madu 11 tahun kepada anak tirinya turut dimuatnaik.

Antara lain madu itu mendakwa dia tidak tergila-gilakan suaminya itu namun lelaki itu yang meminatinya.

Netizen meradang

Humban lelaki dengan mak bapak ke penjara

Budak 11 tahun patut jadi budak

Dr Amalina Bakri berpendapat anak sekecil 11 tahun tidak patut dikahwini kerana di bawah umur. Anak itu sepatunya menikmati zaman kanak-kanak dan tidak dikahwinkan atas nama agama.

Ada juga netizen yang mahu perkara ini disiasat pihak berkuasa kerana mungkin membabitkan pesalah seksual pedofilia.

Sumber: Facebook, Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×