Anak harus diberikan perhatian yang lebih dan dibentuk kreativitinya menerusi sokongan dan galakan. Ramai ibu bapa cenderung memarahi dan mendenda anak mereka jika berlaku perkara remeh seperti contengan di dinding rumah, kereta dan sebagainya.
Baru-baru ni viral di laman sosial pasal sebuah kereta yang diconteng dengan hasil kreativiti anak. Menariknya, pemandu seakan tidak kisah dengan ‘karya’ yang dihasilkan anaknya bahkan memandu selamba di jalan raya. Netizen memuji sikap pemandu tersebut dan rata-rata menjadikannya sebagai contoh terbaik.
Anak super kreatif
Netizen bernama Muhammad Fahmi telah memuatnaik di FB miliknya gambar seorang pemandu wanita yang diconteng kereta oleh anak. Dia pun tabik dengan sikap wanita ini yang tidak membuang hasik kreatif anaknya di kereta. Kami tengok pun dah boleh ketawa dan senyum. Memang banyak sabar akak ni. Hehehe. Terbaik!
Netizen puji kasih sayang ibu
Ramai pasangan yang bangga dan puji sikap wanita ni. Ada yang tag pasangan masing-masing dan tak kurang juga yang mengusik. Contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.
Sel-sel otak berhubung
Rata-rata komen dan puji sikap ibu ini yang tidak mencuci hasil kreativiti anak. Bangga kerana menjadi contoh buat pasangan yang lain dalam mendidik anak-anak kecil. Bukan mudah nak fikir positif macam ni tau. Apapun, tahniah buat wanita ini kerana telah menunjukkan contoh terbaik dalam membentuk penghasilan kreativiti dan tumbesaran anak kecil. Salute!
Sumber: FB Muhammad Fahmi