berita

‘Biar Saya Betulkan Hati Saya Dulu..’ – Nurul Wahab Balas Perlian Soal Tak Bertudung

February 4th, 2020 | by faris
Kini Trending

Sesiapa sahaja bebas bersuara di laman sosial sambil berselindung di sebalik profil akaun yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Tidak hairanlah ramai selebriti yang menjadi mangsa kecaman dan buli online sejak media sosial mendapat tempat dalam kalangan netizen. Penyanyi Nurul Wahab dilihat ‘berbalah’ dengan netizen biadap di Instagram berkenaan satu isu.

Dipersoal tak pakai tudung

Niat hanya memuji stail tudung seorang rakan artis bagaimanapun bertukar menjadi medan perbalahan untuk Nurul. Seorang individu mempersoal mengapa penyanyi itu tidak memakai sendiri tudung setelah memuji stail tudung berkenaan.

‘Saya serah kepada Allah’

Enggan melatah dengan komen sedemikian, Nurul menjelaskan dia lebih selesa untuk menjaga aspek lain dalam diri seperti sikap sesama manusia. Tambahnya, mungkin kesalahan yang dilakukannya sebelum ini tidak disedari.

Menurut penyanyi Keliru ini, dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk mencampakkan keimanan dan tidak akan menghakimi seperti dilakukan sesama manusia.

‘Tanya je pun’

Tidak mengalah setelah beberapa kali menerima balasan komen Nurul, individu tersebut masih berterusan meninggalkan komen berbaur provokasi. Walaubagaimanapun, Nurul menganggap lelaki berkenaan sudah terlepas tanggungjawabnya dalam menasihati saudara seagama.

Sumber: Nurul Wahab

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×