Susulan daripada kenyataan pengarah dan pelakon terkenal, Farid Kamil menerusi laman mikro Twitternya Selasa lalu yang mengakui sudah 4 tahun bersabar menahan kerenah ibu mertuanya, terbaru menerusi sebuah akhbar tempatan, ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli telah tampil memberi kenyataan berhubung isu tersebut.
Artikel Berkaitan :
Menurut Norsiah, dia tidak kisah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Farid dan sebagai ibu, dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk rumah tangga mereka berdua.
Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum sahaja.
Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang boleh saya lakukan.
Farid Kamil & Diana Danielle sewaktu di Australia
Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, ibu Diana akui pada awalnya dia tidak tahu mengenai kenyataan Farid, sehinggalah dia membaca laporan tersebut menerusi sebuah blog tempatan.
Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia yang nak petik. Saya Okay saja. – Komen ibu Diana menerusi akhbar Metro.
Apa pun ini adalah hal keluarga yang melibatkan Farid dan ibu mertuanya. Sebagai orang luar, kita sama-samalah berdoa agar konflik mereka ini tidak berlarutan.