Meskipun sudah dua tahun memiliki rumah sendiri, pelakon Kilafairy mengakui lebih selesa tinggal di rumah keluarganya bersama arwah penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil.
Artikel Berkaitan: Kilafairy Dijangkiti Influenza A – ‘Ini Kali Pertama Sakit Selepas Kematian Mama’
Artikel Berkaitan: ‘Hari Yang Paling Saya Takut Sudah Tiba, Berehatlah Bidadari Syurgaku’ – Kilafairy
Lebih selesa di rumah mama
Menerusi hantaran di Instagram, Kilafairy, 31, berkongsi gambar perubahan rumahnya selepas diubahsuai.
Kata aktres cantik ini, dia sememangnya menyimpan impian untuk memiliki aset rumah sebelum umur mencecah 30 tahun.
Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki hartanah saya sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun. Saya mengubahnya, dan rumah itu kelihatan menakjubkan!
Walau bagaimanapun, kata pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan, dia baru sempat duduk di rumah hasil titik peluh sendiri hanya dua kali.
Walau bagaimanapun, saya hanya tinggal di dalamnya dua kali kerana saya sangat terikat dengan mama saya.
Di sinilah saya dibesarkan, di mana saya mempunyai banyak kenangan, dan di mana saya berasa paling selamat dan paling disayangi. Setiap sudut rumah mama adalah ‘dia’. Jika rumah yang saya diami sekarang ini mempunyai hati, itu adalah hati mama.
Dalam pada itu, pelakon filem Karak bersyukur kerana dikurniakan penyewa rumah yang bertanggungjawab menguruskan harta yang disewa.
Sumber: Instagram