Setiap pagi, kalau korang tak tahu nak sarapan apa, mesti ‘ngap’ roti je kan? Sebab senang, sapu jem, kaya, coklat atau mentega kacang dah cukup untuk alas perut sementara tunggu waktu lunch. Ada pulak yang beli lebih buat kudap-kudap kat office, sedap gak!
Bila lalu kedai roti dalam mall, memang tak sah kalau tak singgah beli pelbagai jenis roti yang menarik! Alang-alang, beli lebih buat stok kat rumah. Boleh buat menu sarapan, minum petang atau kudap-kudap waktu tengok tv. Tapi, biasa korang beli je kan, tak tahu jenis? Haa, kali ni jom kita explore 7 jenis roti paling terkenal di seluruh dunia.
1. French Bread
Roti French ni paling legend dan unik! Kenapa? Bentuk yang panjang, tekstur keras tapi bila masuk mulut rangup rupanya! Roti French sangat berkualiti kerana bila dibakar, ia menghasilkan tekstur agak pecah atau retak. Lawa je rupa roti korang nanti!
Orang Eropah dan Australia suka guna roti ni buat sandwic untuk sarapan dan kudap-kudap di waktu siang. Tambah pulak sayur, daging dan keju, memang kenyang la cerita dia!
2. Baguette (baca: baget)
Susah kan nak sebut? Roti Baguette ni lebih kurang macam roti French tapi versi besar. Teksturnya juga keras tapi panjangnya mencecah 60cm dan permukaanya biasanya berbelah. Rasa dia tawar je! Biasanya, orang beli roti Baguette ni bila nak buat sandwic atau garlic bread.
Nak buat garlic bread senang je. Potong roti Baguette serong-serong, kemudian sapu garlic butter dan bakar dalam ketuhar sampai rangup. Sedapnya kalau dapat cicah dalam mushroom soup kan?
3. Foccacia
Roti Foccacia ini berasal dari Itali. Bentuknya lebar dan tebal macam bantal. Teksturnya pulak lembut, agak padat dan sangat mengenyangkan kalau dibuat sandwic. Selepas dibakar dan sebelum dihidang, permukaan roti Foccacia ditabur tepung supaya nampak menyelerakan!
Dalam pembuatan roti Foccacia, sedikit campuran rosemary ditambah supaya adunannya harum dan rangup!
4. Rye Bread
Bentuk roti Rye sama macam roti French. Tapi, ia diperbuat dari tepung rye, seakan gandum. Warnanya coklat tua kerana kandungan rye. Teksturnya juga keras seperti roti French. Kalau nak tahu, roti Rye sangat berkhasiat, tetapi ramai yang kurang suka sebab ramuan ‘rye’ masih kasar dan terasa di mulut. Huhu!
5. Multigrain
Haa, kalau roti Multigrain ramai yang suka sebab ia lembut dan berkhasiat. Bentuknya segi empat seperti roti tawar biasa, tapi jangan main-main dengan khasiatnya tau! Sama seperti roti Rye, Multigrain juga termasuk di dalam jenis roti gandum yang kaya serat. Ia berwarna coklat dan kalau korang perasan, kelihatan gandum di setiap hirisannya. Yumm!
6. Bridge Roll
Roti Bridge Roll ni bukanlah roti jambatan ya! Jenis roti ni paling digemari orang Indonesia dan ia juga biasa dipanggil soft roll. Bentuknya panjang, padat dan mempunyai tekstur lembut. Ia dibuat dari tepung gandum, berwarna putih dan rasanya tawar. Orang Eropah atau Australia jarang makan roti ni.
Sedikit perbezaan, roti Bridge Roll ni lebih kecil berbanding roti French atau Rye. Comel je kan?
7. Croissant
Siapa tak pernah makan roti Croissant memang rugi, sebab ia terkenal di seluruh dunia kot! Uniknya roti ni sebab bahagian dalamnya ada lapisan melingkar. Admin pelik macam mana diorang buat eh? Ada yang kata, penggunaan butter yang berkualiti dan bertepatan memastikan lingkaran di dalam tu nampak cantik! Hmmm…
Roti Croissant sedap sangat kalau dibuat sandwic. Ia tidak terlalu padat dan jika dibuat sandwic pun, sesuai untuk orang Asia yang nak makan light-light je katanya. Kulit dan bahagian dalamnya tak padat sangat, membuatkan permukaan roti mudah retak kalau ditekan. Rasanya juga rangup sikit sebab guna butter tadi la!
Kalau korang suka makan roti, patut cuba 7DAYS Croissant oleh Munchy’s ni sebab…
Jadi mana satu yang paling korang suka? Tak kira lah jenis apa pun, kalau namanya dah memang penggemar roti, korang patut cuba produk jenama terbaru 7DAYS Croissant oleh Munchy’s ni sebab ia adalah satu-satunya Croissant pre-packed di Malaysia!
Dibuat dengan kombinasi hebat doh berlapis lembut yang dihasilkan daripada resipi istimewa dan tiga perisa lazat yang penuh menyelerakan, 7DAYS Croissant oleh Munchy’s menawarkan 3 pilihan krim yang lazat supaya memberi kepuasan perut korang! Dibungkus dalam pek aluminium yang mudah dibawa, ia boleh dimakan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Senang kan?
Apa tunggu lagi? Cepat pergi kedai berhampiran rumah korang untuk dapatkan 7DAYS Croissant oleh Munchy’s ni sebelum kehabisan stok!