berita

Bibir Berdarah & Lengan Bengkak Dipukul, Youtuber Minta Ruang Selesai Konflik Keluarga

July 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki berumur 29 tahun ditahan reman selama tiga hari kerana disyaki memukul isteri. Lelaki tersebut difahamkan suami kepada Youtuber masakan yang sedang meningkat naik di Youtube.

Artikel berkaitan : Suami Youtuber Terkenal Ditahan Dakwaan Cederakan Isteri

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian muka serta bibir. Walau bagaimanapun dia berada dalam keadaan stabil.

Bibir berdarah, lengan bengkak

Sumber memaklumkan, mangsa ditampar di muka dan pipi beberapa kali dengan tangan sehingga bibirnya berdarah. Selain itu, lengan mangsa juga mengalami bengkak akibat dipukul dengan sabit.

Tidak tahan dicederakan, mangsa membuat laporan kepada polis semasa duduk di dalam kenderaan.

Mangsa minta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi keluarga mereka.

Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang.

Tambah sumber berita itu lagi, dia bersama ahli keluarga dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh memakai baju berwarna hitam. Dia kelihatan gelisah dan tidak gembira seperti ada yang tidak kena.

Terdahulu, suspek  ditahan polis atas dakwaan memukul isteri menggunakan senjata sabit. Kejadiaan berlaku di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×