Debaran malam final Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) semakin terasa. Pada malam final yang akan berlangsung pada 9 Februari ini, penonton bukan sahaja menyaksikan persembahan terakhir Jimi, Zazzleen, Kai Deva serta Marygrace tetapi bakal dihadirkan dengan elemen kejutan yang cukup mega.
Artikel Berkaitan: Ledakan CSOIAM! 5 Minggu Berturut-Turut Terus Dominasi Program Hiburan Malaysia
Artikel Berkaitan: Juri Mahu Peserta-Peserta CSOIAM Bina Keyakinan Diri – ‘Jangan Rasa Diri Terlalu Kecil Atas Pentas’
Biduanita negara & Nicholas Saputra
View this post on Instagram
CSOIAM bakal membawakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ratu Rock Negara, Ella, Faizal Tahir dan aktor terkenal Indonesia, Nicholas Saputra. Empat nama gergasi ini akan menjadi nilai tambah pada malam final nanti.
Jika ingin tahu adakah ini fakta atau auta, sentiasa ikuti rapat semua perkembangan mengenai CSOIAM yang diberikan menerusi pelbagai platform media sosial.
Jangan lepaskan peluang untuk mengundi finalis kegemaran anda dan jadikan mereka juara CSOIAM! Road to Finale kini semakin hampir, dan hanya anda yang boleh menentukan siapa pemenangnya!
Siapakah juara?
Sementara itu, undian penonton amat penting, kerana 40% keputusan ditentukan oleh anda, sementara 60% lagi di tangan juri profesional. Pastikan anda terus mengundi peserta kegemaran anda untuk meraih hadiah bernilai RM 1 Juta!
Saksikan CSOIAM secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini kerana istimewa episod terakhir CSOIAM, 50 penonton bertuah bakal berpeluang memenangi hadiah yang lumayan!
Anda juga boleh merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.