berita

Big Bang Turun Bulan Mac, Peminat Sanggup Beratur 5 Hari 4 Malam

February 25th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen-Shot-2014-02-25-at-2.38.21-PM

Persembahan khas Big Bang yang bakal berlangsung pada 16 Mac 2014 bertempat di Sunway Surf Beach ini menerima pelbagai respon baik dari peminat yang sudah lama menantikan kedatangan jejaka-jejaka kacak ini.

Terbaru, pada 22 Februari lalu, perkarangan Paradigm Mall telah dibanjiri dengan peminat fanatik kumpulan popular K-pop itu demi mendapatkan tiket sempena konsert khas mereka nanti.

Lebih mengejutkan apabila seorang daripada peminat kumpulan ini dikatakan sanggup menunggu selama 5 hari 4 malam semata-mata untuk menjadi orang pertama membeli tiket persembahan khas itu.

Kalau nak tahu,  sewaktu majlis pelancaran tiket itu, kaunter telah mula dibuka pada jam enam petang dan kebanjiran peminat yang berpusu-pusu ingin membeli tiket mengakibatkan server penganjur terganggu selama 20 minit.

Demi Big Bang, peminat kumpulan sensasi ini juga sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam demi mendapatkan tiket artis kumpulan kegemaran mereka ini.

Big BangPeminat sanggup menunggu dan beratur demi Big Bang

Screen Shot 2014-02-25 at 12.37.50 PM

Screen Shot 2014-02-25 at 12.38.51 PMTeruja menunjukkan tiket Persembahan khas Big Bang

Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, ia dijual sekitar RM200 hingga RM750. Untuk keterangan lanjut, anda semua boleh melayari laman facebook rasmi IME Production.

Apa-apa pun jom layan dulu MV popular dari kumpulan Big Bang.

SKIP THIS AD ×