berita

[VIDEO] Syafiq Kyle Doa Hubungan Baik Dengan Mimi Lana – ‘Kalau Saya Pegang Button Makbul, Mesti Saya Dah Makbulkan’

April 17th, 2024 | by Alia
Kini Trending

syafiq

Meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, namun pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sering dilihat bersama sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Bersederhana Dalam Emosi, Kekal Profesional Dengan Syafiq Kyle – ‘Boleh Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan’

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Dah Getback? Kantoi Keluar Makan Bersama

Doa yang terbaik

syafiq

Ketika ditemui OhBulan! Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abd Razak berkata dia masih menjalin hubungan yang baik bersama Mimi malah mempunyai projek lakonan bersama.

Apa yang terjadi masing-masing dapat melihat. Untuk menilai pula terpulang juga kepada masing-masing.

Alhamdulillah, kami masih berbaik dan berkawan tapi untuk berkata lebih saya tak berani. Selepas ini pun ada satu projek bersama, filem The Expert.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sheriff: Narko Integriti yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

OhBulan! juga melihat kelibat Mimi yang turut hadir semasa tayangan filem tersebut.

Dalam pada itu, aktor berusia 31 tahun ini memaklumkan bahawa dia baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

Kesempatan berada di Tanah Suci diambil oleh Syafiq dengan berdoa agar hubungannya dengan semua orang dapat dijaga dengan baik termasuk Mimi.

Bila ada pengharapan di dalam hati, disulamkan dengan doa. Selepas balik dari sana (umrah), saya sentiasa berdoa. Doa yang terbaik, tapi untuk beri kata putus saya bukanlah orangnya.

Antara salah satunya, saya doakan hubungan dengan semua, keluarga dan termasuk Mimi, Alhamdulillah.

Kalau sayalah yang pegang ‘button’ makbul itu, mesti saya dah makbulkan. Tapi bukan saya pegang, sebab saya pun manusia. Saya boleh reda dan terima sahaja.

Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.

@ohbulanofficial

Kita doakan yang baik-baik buat Syafiq Kyle dan Mimi Lana ???? #ohbulan #sembangentertainment #syafiqkyle #mimilana

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×