Kalau korang mempunyai anak-anak yang kecil dan suka bermain di kawasan rumah, apa kata korang cuba dekorasi ruang halaman rumah korang tu. Nampak sikit menarik dan selesa untuk anak-anak korang luangkan masa.
Dalam masa yang sama, korang juga dapat pantau anak-anak korang yang tengah bermain dengan mudah. Menerusi Facebook Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel kongsi idea untuk ubah suai balkoni korang menjadi taman permainan anak-anak korang.
Senang nak pantau anak
Pernah share play area anak-anak dalam rumah. Ni yang outdoor pulak. Laman takde ruang nak buat kita buat kat balkoni. Petang-petang boleh kopi-kopi sambil tengok anak-anak main. Nak bawa anak-anak tiap-tiap hari pergi playground terkejar-kerjar. Main kat sini pun jadi la dapat juga udara luar. Tak siap sepenuhnya lagi.
p/s: pintu sliding tu memang sentiasa berkunci. Anak-anak keluar bila ada orang dewasa sahaja.
Beli preloved saja
Saya edit sini since ramai yang tanya. Kos tak adalah besar sangat sebab saya cari barang-barang preloved. Sebab nak letak luar so saya prefer brand yang ok macam little tikes, step-step. Beli yang baru memang mahal so saya beli preloved. Macam playhouse tu saya cat semula.
Artificial grass & playmat hitam tu saya beli kat shopee. Saya beli yang set 20pcs RM159 (1pc 62cm x 62cm).
Buat sendiri roadway
Kalau rasa tak nak ubah-ubah cat terus buat line roadway tu. Saya guna double tape. Cari yang gam jenis kuat. Untuk line teng-teng tu saya guna cloth tape.
Yang beli baru just picnic table tu je from ikea & barang-barang dalam playhouse tu semua from shopee. Pandai cari dapat yang harga berpatutan.
Tak nak anak langgar cermin
Plan asal nak letak pokok hidup keliling cermin tu sebab tak nak bagi anak langgar cermin. Tapi anak yang kecik suka korek-korek tanah so sementara letak pokok tipu. Semua pokok-pokok & pasu-pasu tu from ecoshop. Kos tak sampai RM150 pun. (thanks to my mom yang tolong susun pokok-pokok tu). Pokok depan playhousetu pun from ecoshop.
Kena hujan ke tak?
Okay pasal kena hujan ke tak. Bumbung balkoni saya ni memang extend banyak ke depan & tepi belah playhouse tu. So kalau hujan tak basah. Cuma kalau hujan lebat belah yang ada tempat main pasir tu akan basah sikit. Plan nak pasang blind kat situ. Tak siap 100% lagi playarea ni. Ada nak tambah-tambah lagi sikit.