berita

Lagi Aksi Mesra Pelakon Drama Di Laman Sosial. Strategi Promosi Atau Cinta Lokasi?

August 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

lakonanintim

Haa, mesti korang pelik tengok entri kami hari ni kan? Bukan apa, saja nak ajak pembaca setia OHBULAN! sama-sama berfikir.

Korang perasan tak? Sejak dua menjak ni, penangan drama yang disiarkan di kaca television seolah-olah menjadi fenomena dikalangan masyarakat. Antara yang jadi perhatian adalah Love You Mr Arrogant, Ariana Rose, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Kerana Terpaksa Aku Relakan, dan yang terbaru, Rindu Awak 200%.

Yang lagi buat kami pelik, dah macam jadi trend pula sekarang ni, asal berlakon bersama, pasti muat naik foto mesra di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

Screen Shot 2014-08-13 at 11.41.29 PM

Rindu Awak 200% tengah trending tau!

Mesra bukan sebarang mesra tau! Kalau silap sangka boleh ingat mereka ni sedang hangat bercinta. Mana taknya, foto yang dimuat boleh mengundang 1001 andaian.

Korang ingat lagi tak penangan drama BKATC? Haa, satu Malaysia heboh dok suruh Sharnaaz dan Nelydia bercinta secara real hingga mengundang rasa tak puas hati pihak lain.

Kemudian, Izreen Azminda dan Amar Baharin pula. Dek keintiman yang dipamerkan, timbul desas-desus Izreen bercerai kerana Amar Baharin. Kan tak manis bila dengar benda macam ni. Betul tak?

Screen Shot 2014-08-13 at 11.42.45 PM

Ini yang terbaru, nampaknya Zul Ariffin dan Ayda Jebat pun turut mengikut langkah mempamerkan aksi mesra bersama. Bukannya kami cemburu melihat aksi yang dipamerkan, tetapi sekadar beringat saja.

Tak dinafikan, lakonan mereka ini memang mantap! Kalau tak, masakan boleh jadi fenomena. Betul tak? Sampai ada yang sanggup tunggu depan televisyen bila drama nak mula. Suka lihat pasangan tersebut katanya.

Iyalah, peminat memang suka melihat gandingan bersama. Tetapi kan ada banyak hati yang perlu dijaga? Entahlah, mungkin pada mereka perkara macam ni tak ada salahnya.

Bila ditanya, akan dijawab sebagai promosi drama dan sebagainya. Tapi, nanti kalau ada yang menegur, jangan melenting pula ya. Hehehe.

Bagaimanapun, ini hanya pendapat kami saja, terpulang pada korang untuk menilai. Korang rasa macam mana?

Kredit Foto : Instagram Nelydia Senrose, Izreen Azminda & Zul Ariffin

SKIP THIS AD ×