Sebelum ini, penyanyi Mila Jirin telah mencuri perhatian apabila dia berkongsi sebuh video di mana dia menyanyikan lagu daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertajuk ‘Azimat Cinta’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Goosebumps Dengar Suara Mila Nyanyi Lagu ‘Azimat Cinta’
Rindu untuk menyanyi
Memetik laporan Berita Harian, Mila atau nama sebenar, Noorsyarmilla Jirin sedang berusaha meyakinkan suaminya, Isz Mustapha, 44, agar membenarkannya untuk kembali dalam bidang nyanyian setelah beberapa tahun menyepi.
Penyanyi berusia 36 tahun itu, meluahkan rasa rindunya dalam bidang nyanyian dan meminta orang ramai untuk mendoakannya agar dapat kembali ke bidang nyanyian.
Menurut Mila, dia sudah menghubungi beberapa komposer lagu dan Stacy untuk bertanya mengenai lagu baru.
Sebagai seorang yang berdarah seni, saya mesti hendak menyanyi. Dodoi anak menyanyi, kalau dalam tandas pun menyanyi. Memang berkobar-kobar hendak menyanyi. Sekarang, nampak gaya, dia (suami) sudah mula memberi (keizinan).
Suami kata kalau saya boleh imbangkan kerja sebagai majikan dan ibu… Anak juga sudah besar. Doakan saya sebab rindu sangat hendak menyanyi.
Saya ada hubungi beberapa komposer untuk bertanya mengenai lagu baharu. Baru-baru ini, saya ada hantar mesej kepada Stacy dan bertanya sama ada dia mahu ciptakan lagu untuk saya… Semoga ada rezeki.
Juara program realiti, Akademi Fantasia (AF5) itu turut menyatakan dia kembali ke bidang nyanyian bukan untuk bersaing dengan sesiapa namun hanyalah kerana minat dan terapi buatnya.
Kalau kembali pun bukanlah mahu bersaing dengan sesiapa. Saya buat sebab suka dan darah seni masih mengalir dalam diri. Sebagai anak seni, bila dapat menyanyi lagu di atas pentas, ia ibarat terapi untuk diri saya.
Sumber: Berita Harian