Bila sebut tentang keluarga mertua, ada segelintir pasangan yang tidak mempunyai hubungan yang begitu baik dan ada yang takut sehinggakan jarang jumpa. Siapa kata keluarga mertua tidak sayang akan menantunya sendiri? Keluarga mertua pasti menyayangi menantunya kerana telah menjadi sebahagian dari keluarganya.
Menerusi pengguna Twitter Nasriq, kongsi satu video di mana ibunya membuat kejutan kepada kakak iparnya sempena ulang tahun perkahwinan bersama abangnya. Kesungguhan ibunya membuat kejutan mendapat pujian netizen selain kasih sayang antara mertua dan menantu dapat dilihat.
Kejutan buat menantu
Having a good relationship with mother/father in law is truly a blessing.
I pray for everyone semoga kita dpt family in law yang ngam dgan kita, sbb once kita dah kahwin, kita akan kahwin dgan family dia sekali. Kan?
After all marriage is about unifying 2 families in love ??
— Nasriq23 (@nasriq_asari) August 21, 2019
Menurutnya, mempunyai hubungan yang baik bersama keluarga mertua merupakan salah satu keindahan dalam perkahwinan. Ianya boleh dikatakan sebagai penyatuan antara dua keluarga.
Dalam video tersebut menunjukkan ibunya membuat kejutan sebelum kakak iparnya memasuki rumah sambil memegang sebuku kek sempena hari ulang tahun perkahwinan. Reaksi ibunya sambil memberi kata ucapan mendapat pujian netizen.
Terharu tengok ni
Bestnya dapat mertua macam ni
Comelnya your mom
Sumber: Nasriq