berita

Bila Jodoh Dengan Kawan Baik, Pengantin ‘Awkward’ Teruk Masa Bergambar – ‘Tak Bolehlah, Tak Boleh!’

January 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan yang sering kali kita dengar apabila berbicara soal jodoh. Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Kahwin dengan kawan baik sendiri

Seperti perkongsian seorang jurugambar dikenali sebagai Fitrin Ruslee di laman TikTok, tampil menceritakan kisah lucu satu pasangan pengantin yang mengambil perkhidmatannya.

Bila kau kahwin dengan member baik sendiri be like.

Difahamkan, pengantin tersebut berkawan baik sebelum disatukan menjadi suami isteri dan mereka dilihat begitu kekok ketika sesi bergambar dilakukan.

Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat pengantin wanita seolah-olah malu dan segan untuk bergambar dan jurugambar tersebut perlu memberikan arahan supaya pasangan ini dilihat ‘bersahaja’ ketika bergambar.

Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah ditonton lebih 2 juta dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin muda ini.

Video penuh:

@fitrinruslee Bila kau kawin dengan member baik sendiri be like? #photography #weddingtiktok #tiktokmalaysia #fitrinruslee ? original sound – Fitrin Ruslee

Memang rasa akward macam tu

Sumber: Fitrin Ruslee

SKIP THIS AD ×