berita

‘Bila Nak Masuk Hospital Mental? Teruk Sangat Ni’ – Zynakal Diserang Netizen, Akui Kelemahan Diri

February 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Nama Zynakal sekali lagi jadi mangsa serangan netizen apabila ada pengguna media sosial meninggalkan negatif komen pada postingnya dan mengaitkan dengan isu kesihatan mental. Penyanyi Zynakal turut berkongsikan komen-komen tersebut dan dikongsikan melalui Instagramnya.

‘Bila nak masuk hospital mental’

Zynakal sempat memuatnaik gambar tangkap layar (screenshot) komen-komen berkenaan. Komen tersebut secara jelasnya dilemparkan kepada penyanyi itu dan menyentuh isu mengenai masalah kesihatan mental. Bukan itu sahaja, pengguna media sosial berkenaan turut mengkritik dan tidak berpuas hati dengan persembahan Zynakal semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik, tempoh hari.

Aku tak minta

Susulan itu, Zynakal kemudian menjelaskan dia hanya mahu menjadi manusia biasa dan tidak meminta untuk menghadapi keadaan ini. Malah, dia juga berterima kasih untuk kritikan yang dilemparkan kepadanya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa. Terima kasih untuk kata-kata. Hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada.

Posting tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai selebriti yang tampil memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada Zynakal seperti Alif Satar, Indah Ruhaila, Nazim Othman, Neeta Manis dan Sarah Suhairi.

Sumber: Zynakal

 

SKIP THIS AD ×