Pelakon Shera Aiyob meluahkan rasa bengang apabila nama dan fotonya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan memperdaya mangsa menerusi sebuah akaun palsu mempromosikan produk kesihatan di Facebook.
Artikel Berkaitan: Sakit Perut Teramat, Tak Boleh Bernafas’ – Shera Aiyob Selamat Jalani Pembedahan Buang 8CM ‘Cyst’
Artikel berkaitan: Ditegur Tumpahkan Perfume Dalam Handbag, Lihat Cara Anak Shera Aiyob ‘Pujuk’ Ibunya
Artikel berkaitan: Zahiril Adzim & Isteri Tak Kisah Anak Ceburi Bidang Seni
Tolong report akaun ni
Menerusi perkongsian di Instagram, Shera meminta individu tersebut menghentikan aktiviti menyalahgunakan maklumat peribadinya semata-mata untuk menjana keuntungan.
Tambah Shera, dia berasa terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai tahap kesihatannya yang dikatakan menghidap ulser usus.
Dah makin pula yang bagi tahu benda ini. Jadi saya kena share dekat sini supaya tidak salah faham atau terpedaya nanti. Tidak kelakar benda ini. Macam mana ada manusia yang boleh gigih buat akaun guna nama dan gambar orang lain semata untuk jual produk.
Mencari rezeki dengan cara begini tenang ke? Kemudian siap panjang lebar cerita dongeng dia. Mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain. Bila pula aku kena ulser perut.
Kemudian ayatnya mengatakan sibuk mencari duit sehingga tidak mempedulikan kesihatan.
Isteri kepada pelakon Zahiril Adzim itu berharap netizen dapat membuat aduan bagi melaporkan akaun palsu tersebut.
Tolong report akaun ini. Dia guna nama dan gambar yang sama dengan akaun sebenar saya, Jadi semua jangan salah report.
Terdahulu, dalam kenyataan akaun palsu yang tersiar, Shera dikatakan menghidap ulser usus sejak beberapa tahun lalu dan dikatakan kesihatannya semakin pulih setelah mengamalkan produk berkenaan.
Akaun tersebut turut menyalahgunakan beberapa gambar Shera termasuk perkongsian ketika dia dimasukkan ke hospital pada Mac lalu bagi mendapat rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhan sebesar lapan sentimeter.
Sumber: Shera Aiyob