berita

Bila Rakyat Malaysia Cakap Pasal Nasi Lemak, Memang Boleh Gaduh La!

August 8th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Makan mana? Nasi lemak nak? Sambal kat warung Kak Siti bawah pokok tu sedap. Kita sarapan situ la.

Cakap bab sarapan pagi, tak salah rasanya kalau kami cakap nasi lemak merupakan sajian sarapan utama rakyat Malaysia. Walaupun selalu kena momok kalau makan nasi lemak pagi-pagi mesti mengantuk, korang tetap akan pilih nasi lemak juga kan?

Nasi lemak memang dah sebati dengan rakyat Malaysia sampai kadang-kadang boleh bawak gaduh sebab nak tentukan nasi lemak kat mana paling sedap. Macam-macam perangai la kalau cakap pasal nasi lemak ni!

Mengadu rindu nasi lemak kat luar negara.

Rasanya siapa yang pernah travel lama atau belajar kat luar negara pasti rindu masakan Malaysia, terutamanya nasi lemak.

Sajian ni punya sebati dengan rakyat Malaysia, sampai kalau makan nasi lemak kat luar negara pun korang rasa takkan sama macam makan kat Malaysia. Made in Malaysia always the best kan?

Semua nak suggest nasi lemak paling sedap.

Ni salah satu perkara yang menarik tentang kehidupan rakyat Malaysia. Korang suka kongsi lokasi makanan yang sedap. Kalau tanya nasi lemak yang best kat mana, laju je korang dapat senarai lokasi nasi lemak paling sedap kat Malaysia.

Cakap je nak nasi lemak macam mana. Nasi lemak daun pisang? Nasi lemak berlauk? Rakyat Malaysia tau semuanya. Kalau susah sangat korang Google je! Banyak list lokasi nasi lemak yang sedap kat Malaysia ni.

Kisah Miss Universe Malaysia 2017 pakai baju nasi lemak!

Haa.. Korang ingat lagi betapa nasi lemak ni begitu sinonim dengan rakyat Malaysia, sampaikan Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James menggayakan baju nasi lemak hasil rekaan Brian Khoo pada pertandingan akhir Miss Universe 2017. Baju ni punya details siap ada sambal, ikan bilis dan telur goreng tau!

Walaupun netizen komen macam-macam tentang rekaan tu, masyarakat luar negara belajar satu perkara yang penting, iaitu makanan utama rakyat Malaysia ialah nasi lemak. So, bukanlah bad idea pon baju nasi lemak ni kan?

Pantang dengar nasi lemak viral sanggup beratur beli.

Ni tipu la kalau korang tak pernah buat. Orang Malaysia ni kalau bab makan sedap memang tak boleh sangkal. Asal ada je benda yang viral, lagi-lagi makanan pilihan ramai nasi lemak, sanggup beratur nak beli. Ingat tak kisah nasi lemak anak dara dan nasi lemak bonet kereta?

Tak perlu ambil kira jauh ke tak lokasi sesuatu tempat tu, yang penting nak rasa sendiri betul ke tak keenakan yang menjadi buah mulut orang ramai.

Hmm.. Rasa lain macam mana tu?

Ada satu ciapan di Twitter yang menarik perhatian kami. Pemilik akaun ni cakap nasi lemak yang dijual oleh lain-lain kaum di Malaysia mempunyai rasa yang berlainan. Hmm.. Betul ke?

Setakat ni, kami cuma pernah kena nasi lemak takde rasa santan atau nasi putih letak sambal dengan ikan bilis. Itulah pengalaman makan nasi lemak yang paling mengecewakan. Korang pernah rasa pengalaman macam ni, sedih kan?

Tapi, ni kami nak bagitau korang satu tempat makan nasi lemak yang best. Korang mesti approvelah!

Nasi Lemak kini di McD, ramai puji sedap. Kena cuba ni!

Aroma nasi lemak yang wangi, dihidangakan bersama ikan bilis ranggup, telur goreng, sambal tumis pedas dan juga Ayam Goreng McD, memang memikat selera! Patutlah netizen hilang keruan dengan Nasi Lemak McD.

Kami cari reaksi daripada rakyat Malaysia yang dah cuba sendiri Nasi Lemak McD ni. Ramai cakap rasanya sedap. Lagi-lagi sambalnya, memang wajib cuba ni!

So, peminat nasi lemak kat luar sana, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri keenakan Nasi Lemak McD. Rugi kalau korang tak cuba!

Serbu je McDonald’s berdekatan korang atau nak lagi senang guna McDelivery jelah hantar Nasi Lemak McD ni.

Dan bagi menghargai nasi lemak sebagai juadah pilihan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia buat satu petisyen untuk menjadikan nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

So, McDonald’s Malaysia perlukan bantuan korang bagi mengumpulkan 1 juta sokongan supaya hasrat menjadikan nasi lemak sebagai hidangan rasmi Malaysia ni berjaya. Yelah, sampai bila nak biarkan orang lain claim makanan warisan kita kan?

Tunggu apa lagi? Cepat nyatakan sokongan korang untuk jadikan nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia. Tekan je link ni.

Nasi Lemak McD, Ini Rasa Kita, Malaysia!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×