berita

Bila Sebut Perkara Ni, Gerenti Orang Tau Memang Datang Dari Malaysia. Banggalah!

August 9th, 2019 | by Mastura
Sponsored Post

Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun tau only made in Malaysia. Haa.. Ini antara perkara yang negara lain tak boleh sesuka hati nak claim diorang punya!

1. Jenama minyak terkemuka, PETRONAS

Korang tau tak yang PETRONAS ni dah 45 tahun bersama rakyat Malaysia? Pernah terfikir macam mana PETRONAS ditubuhkan? Jawapannya terletak pada bahu 15 anak-anak muda (dengan 2 line telefon!) berimpian untuk mengendalikan anugerah bumi negara sendiri.

Hasilnya, PETRONAS hari ni menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan negara. Kalau pergi luar negara tengok jenama PETRONAS pon dah rasa bangga tau!

2. Menara Berkembar PETRONAS (KLCC)

Menara berkembar tertinggi di dunia ni dah jadi ikon untuk Malaysia tau. Kalau korang perhati memang ramai pelancong akan ambil gambar dengan pemandangan Menara Berkembar PETRONAS ni. Jangan cakap pelancong, admin pon sama!

Kalau melancong kat luar negara, orang tanya korang dari mana diorang mesti akan tau kalau korang mention Menara Berkembar PETRONAS ni. Bangunan berkembar setinggi 88 tingkat ni ada seni bina yang unik wei. Takde siapa pon pernah terbayang Malaysia boleh ada mercu tanda sebegini.

3. Kepakaran dalam bidang cari gali minyak

Kalau dulu takde siapa sangka Malaysia mampu menguruskan hasil bumi sendiri. Tapi tengoklah sekarang, Malaysia merupakan antara negara yang melahirkan pekerja berkemahiran dalam bidang minyak dan cari gali serta sering menjadi rebutan majikan dalam dan luar negara.

Dengan itu, PETRONAS ambil langkah menubuhkan Institusi Teknologi Petroleum (INSTEP) yang bertaraf dunia bagi melahirkan anak tempatan yang berkemahiran dan bidang minyak dan gas asli.

4. Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS

Dulu tengok Formula 1 tak pernah sangka nama Malaysia boleh berada di podium utama. Tapi, lepas lebih 2 dekad melalui liku pengalaman, PETRONAS berjaya membuktikan takde apa yang mustahil kalau kita bertekad nak capai kejayaan.

Buktinya, Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS berjaya menawan podium Formula 1 untuk 5 tahun berturut-turut (2014-2018) dan merupakan pasukan kedua dengan kejayaan ini.

Melalui Pasukan Mercedes AMG-PETRONAS, Malaysia berjaya mengasah kepakaran untuk memberi rakyat Malaysia minyak dan pelincir yang terbukti efisien!

Bersama Merentas Zaman Sempena Ulang Tahun ke-45 PETRONAS

Jadi, sempena 45 tahun bersama rakyat Malaysia, PETRONAS nak bersama-sama merentas zaman bersama korang!

Trak Merentas Masa (Time Travel Truck)

Teringin nak tengok sendiri perjalanan 45 tahun PETRONAS bersama rakyat Malaysia? Jangan lepaskan peluang korang mengejar sendiri trak merentas masa yang akan menjelajah ke 10 negeri seluruh Malaysia.

Korang boleh rasai sendiri pengalaman merentas masa melalui skrin mini di dalam trak merentas masa. Selain tu, korang boleh bermain permainan menarik bersama seisi keluarga.

  • Tarikh: 1 Ogos-14 September 2019 (korang boleh check tarikh dan lokasi kat sini)

Korang juga boleh kumpulkan 9 pin enamel eksklusif daripada PETRONAS melalui pengembaraan dengan trak merentas masa ni. Comel-comel tau pin dia.

Konsert Bersama Merentas Zaman

Konsert mega yang bakal menampilkan 45 artis paling top di Malaysia seperti Ella, Jacklyn Victor, Datuk M. Nasir, Search, Faizal Tahir, Alleycats serta ramai lagi, akan buat korang terbuai-buai melayan perasaan. Bukan senang nak himpunkan artis terkenal Malaysia dalam satu masa tau.

  • Tarikh: 17 Ogos 2019 (Sabtu)
  • Tempat: Plaza KLCC
  • Masa: 6.00 PM-12.00 AM

Masuk adalah PERCUMA! Kalau korang tak berkempatan untuk pergi, korang boleh tengok melalui Facebook PETRONAS.

Tree of Tales

Tree of Tales merupakan paparan digital dengan reka bentuk unik bagi memberikan korang pengalaman baru merasai sendiri dan mempelajari sumbangan PETRONAS selama 45 tahun kepada negara.

Tree of Tales

  • Tarikh: 17 – 23 Ogos 2019
  • Lokasi: Suria KLCC Concourse
  • Masa: 10am – 10pm

Tree of Tales (Sabah & Sarawak)

  • Tarikh: 14 – 15 September 2019
  • Masa: 10 AM – 10 PM

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai aktiviti Bersama Merentas Zaman sempena ulang tahun ke 45 tahun PETRONAS, boleh terus ke laman web rasmi PETRONAS. Kat situ ada semua maklumat pasal lokasi trak merentas masa dan juga aktiviti yang PETRONAS sediakan untuk semua rakyat Malaysia!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×