Zaman sekarang ni kalau nak berniaga kena kreatif dan think out of the box. Nampaknya penjualan nasi lemak telah mencapai suatu anjakan paradigma apabila kini ia diniagakan oleh superhero popular Spiderman!
Murah Dan Tak Kedekut Portion!
Menariknya, Nasi Lemak Spiderman ini cuma berharga RM2.00! Tidak menggunakan bungkusan daun pisang, kertas minyak mahupun polisterin, ia dipek dalam bekas plastik ‘reusable’ – lebih mudah dibawa dan mesra alam! Portion pun boleh tahan banyak!
Spiderman Peramah Dan Mesra Kanak-Kanak!
Sudah tentu Encik Spiderman sendiri yang menjadi pelaris di gerai nasi lemak ini. Selain amat mesra dengan kanak-kanak, dia juga mudah didekati oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar selfie selepas membeli nasi lemak jualannya.
Request Nasi Lemak Spiderman Di Tempat Anda!
Untuk pengetahuan anda, gerai Nasi Lemak Spiderman ini tidak mempunyai lokasi tetap dan spesifik. Ia dibuka di beberapa tempat di Kelantan seperti Kota Bahru, Pasir Tumboh, Kubang Kerian dan kawasan sekitarnya.
Tetapi, Encik Spiderman yang peramah rajin bertanyakan feedback orang ramai tentang lokasi gerai nasi lemak yang patut didatanginya. Oleh itu, rajin-rajinlah mengikuti perkembangan perniagaannya di laman sosial untuk merasai sendiri Nasi Lemak Spiderman yang semakin popular ini!
Sumber: Nasi Lemak Spiderman