berita

Bila Watak Disney ‘Ditukar’ Kepada Versi Indonesia… Kreatif Teruk!

May 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Bila sebut mengenai kartun animasi keluaran Disney, ramai diantara kita terlintas di fikiran filem animasi Aladdin, Frozen mahupun Moana. Filem animasi Disney ini pernah menemani kita sewaktu kecil dahulu termasuklah kanak-kanak zaman sekarang.

Di Twitter, seorang pemuda dari Indonesia, Katriel Scenny menunjukkan kreativitinya mengubah penampilan watak-watak animasi Disney kepada versi Asia. Tambah-tambah Elsa telah ditranformasikan ke versi Jawa Tengah. Memang kreatif!

Moana versi dayak

Individu yang berasal dari Indonesia ini memuatnaik video ringkas langkah demi langkah tranformasi watak animasi iaitu Moana kepada versi dayak. Video yang meraih jumlah tontonan melebihi 600 ribu ini telah mencuri perhatian pengguna media sosial. Rata-rata kagum dengan hasil idea tranformasi watak animasi Barat ke versi Asia.

Puteri Jasmine versi Bali

Bukan itu sahaja, individu ini juga berjaya mengubah penampilan watak animasi Puteri Jasmine dari animasi Aladdin. Kostum Puteri Jasmine telah berubah menjadi versi Bali yang sangat unik dan cantik. Corak tradisional Bali turut dilukis pada kostum pakaian Puteri Jasmine. Cantik sangat!

Elsa veri Jawa Tengah

Sementara itu, ada juga netizen turut berkongsi video hasil lukisan tranformasi animasi mereka. Ada diantara mereka telah menghasilkan watak animasi Jepun iaitu Hinata dalam versi Srikandi. Manakala, ada juga dimuatnaik video tranformasi watak Elsa dalam versi Jawa Tengah. Memang kreatif betul para animator!

Sumber: Katriel Scenny

SKIP THIS AD ×