berita

Bimbang Terpengaruh, Instagram Sekat Iklan Produk Kurus Kepada Pengguna Bawah 18 Tahun

September 25th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Instagram merupakan platform seseorang individu untuk berkongsi foto mahupun video kepada pengikut mereka. Ada juga diantaranya menggunakan platform tersebut untuk membuat promosi perniagaan. Sebagai contoh, ramai selebriti media sosial yang turut mempromosikan produk-produk kecantikan.

Terbaru, menerusi laporan media antarabangsa Healthline, pihak Instagram telah memutuskan untuk menyekat segala iklan yang mempromosikan produk menurunkan berat badan atau penjualan kosmetik yang tidak sah kepada pengguna berumur 18 tahun ke bawah. Hal ini kerana, produk tersebut tidak diketahui kandungannya dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Disekat kepada pengguna 18 tahun ke bawah

Dalam satu kenyataan, Instagram dan Facebook telah mengumumkan polisi baru itu bertujuan untuk tidak membenarkan pengguna berusia 18 tahun ke bawah melihat iklan sebegini di platform mereka. Pengguna ini tidak akan menerima kod diskaun dan harga produk kesihatan yang tidak diiktiraf.

Menurut Common Sense Media, 17% remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Amerika Syarikat menggunakan sosial media berkali-kali dalam masa sehari. Iklan yang dipaparkan mungkin tidak sihat dan mudah untuk mereka terpengaruh.

Terpengaruh dengan selebriti media sosial

Menurut Pengarah Perubatan American Board of Obesity Medicine, Rekha B. Kumar polisi terbaru Instagram ini merupakan langkah yang tepat untuk menggalakkan penjagaan badan yang sihat dalam kalangan remaja.

Mesej yang terus disampaikan kepada golongan muda ini dapat mendorong mereka menjaga keseihatan dari terus dipengaruhi dengan produk yang tidak mendapat kelulusan.

Pakar Pembedahan Plastik pula, Dr. Anthony Youn berkata dia menyokong tindakan Instagram kerana ramai golongan muda yang menginginkan pembedahan plastik untuk menjadi semakin cantik.

Saya pernah menerima panggilan dari seorang remaja berusia 18 tahun yang ingin membuat pembedahan plastik. Rupa parasnya sudah pun cantik namun ingin melakukan pembedahan kerana terpengaruh dengan selebriti media sosial yang mempromosikan pembedahan tersebut.

Sumber: Healthline

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×