berita

Bintang TikTok Ditemui Mati Bunuh Diri, Ibu Bapa Dakwa Rafi Shaikh Dibuli Sebelum Kejadian

January 27th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, pelakon popular Korea ditemui meninggal dunia di rumahnya dipercayai bunuh diri. Terbaru, seorang selebriti TikTok terkenal dikenali sebagai Rafi Shaik turut ditemui maut akibat yang sama.

Artikel Berkaitan : ‘Sebalik Senyuman Terakhir..’ – Dipercayai Bunuh Diri, Soo Yoo Jung Ditemui Meninggal Dunia

Rafi ditemui maut di daerah Nellore pada Sabtu lalu dan sehingga kini masih dalam siasatan memandangkan ada laporan mendakwa beliau dipukul teruk sebelum bunuh diri.

Ditemui mati bunuh diri

Menurut laporan polis, ibu bapa Rafi mendakwa bahawa anaknya telah diculik oleh rakannya sendiri pada minggu lalu, namun berjaya melarikan diri dengan kesan lebam akibat dipukul. Malah sekumpulan kawan itu turut dikatakan mengambil video Rafi yang tidak elok dan mengugut ingin menyebarkan di media sosial jika aduan dibuat kepada pihak polis.

Saudara Rafi, Syed Iqbal turut mendedahkan Rafi ada menemui rakannya di sebuah kedai kopi selepas mendapat mesej dari rakannya yang bernama Mustafa. Walau bagaimanapun, Rafi tidak sangka di dipukul oleh mereka semua.

Masih dalam siasatan

Abang Rafi turut memberitahu pihak polis bahawa Rafi pulang ke rumah dalam keadaan sakit serta menangis mengadu sakit. Pada tahun 2019, Rafi terlibat dalam kemalangan, di mana bintang Tik Tok yang terkenal, Sonika, kehilangan nyawanya. Kedua-dua mereka dalam perjalanan ke Hyderabad dari Nellore.

Setelah keluar dari hospital, Rafi pergi ke Nellore dan bekerja sebagai jurugambar profesional untuk majlis perkahwinan dan acara lain di bandar mereka. Sementara itu, polis telah mendaftarkan kes kematian yang mencurigakan dan butiran lebih lanjut ditunggu.

Sumber : Indiatimes

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×