Haih, macam-macam cerita dengan artis sekarang ini. Tapi, kadang-kadang bukan artis itu sengaja mahu buat, biasalah kalau sudah dikenali orang, apa saja mereka lakukan pasti akan diperhatikan dan dipersoalkan. Tidak apa kalau dipersoalkan, tapi bagaimana pula kalau dituduh?
Sebelum ini, Black yang hanya pergi bercuti bersama kekasihnya telah dituduh berduaan dan bersekedudukan. Namun, menerusi Berita Harian semalam (Ahad), Black telah menafikan tuduhan tersebut dan mengaku bahawa dia memang bercuti bersama kekasihnya tetapi turut ditemani oleh 3 orang lagi rakan lain.
Tuduhan tersebut telah membuatkan Black berasa terkilan kerana ada yang mempertikaikan bangsa dan agamanya.
“Sekiranya staff resort beritahu hal ini kepada media, memang mereka ada melihat saya makan berdua sahaja bersama teman wanita ketika itu,” ujar Black.
“Namun saya agak terkilan apabila gosip berkenaan turut ada mempertikai bangsa Melayu & agama Islam saya. saya masih tahu agama dan batas dalam pergaulan.”
Melalui rakan media, Rotikaya, laman hiburan ini turut menyiarkan gambar Black bersama seorang gadis yang dipercayai adalah kekasihnya ketika bercuti pada waktu itu. Namun mengikut pengakuan terbaru Black, kekasih yang bercuti bersamanya itu telah pun bergelar bekas kekasih semenjak Hari Raya Aidilfitri yang lepas.