berita

Blogger Beauty Addict Bersama Nisa Kay & Hansaegee

September 18th, 2012 | by M
Kini Trending

Kesibukan aku yang baru sahaja mendaftar di universiti ditambah pula dengan minggu orientasi dan kem kepimpinan siswa yang wajib dihadiri tidak membantutkan usaha aku untuk mencuba sebuah rangkaian produk baru daripada Korea, Hansaegee.

Walaupun bergelar pelajar, aku sentiasa menitikberatkan soal kecantikan kerana ia merupakan persediaan aku untuk menjadi seorang wanita yang sejati pula (cewah!). Bukan apa, kadang-kadang cemburu juga melihat kemulusan kulit wajah bintang korea macam Girl’s Generation atau Tara. Entah apa formula yang mereka gunakan agaknya, kan?

Tapi, kita sebagai perempuan ni janganlah ambil mudah mengenai penjagaan kulit. Mana tahu nanti kalau tak diambil kisah, bila dah teruk, baru nak cari ubat tu la, ubat ni lah. Jadi, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku menggunakan beberapa produk rangkaian Hansaegee ini dengan korang.

Produk pertama yang aku nak kongsi dengan korang ialah Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream.

Ini gambar close up Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream ni. Tanggapan pertama aku pada sun cream ni, aku agak ia mesti sama atau lebih kurang je macam sunblock yang ada di pasaran sekarang. Tapi bila aku gunakannya, jangkaan aku meleset sama sekali.

Tekstur Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream ni sangat ringan dan lembut, tidak terlalu pekat dan melekit seperti sun block biasa. Ia juga ada make-up base combination, di mana korang boleh gunakan sun cream ni seperti foundation atau BB cream. SPF 50+ memang bersesuaian dengan penggunaan rakyat Malaysia dek kerana cuaca panas negara kita.

Bila disapu pada muka, ia cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak bercapuk seperti memakai foundation atau BB cream. Tona warnanya amat bersesuaian hampir semua jenis kulit sebab aku siap bagi kawan aku yang kulitnya lebih cerah mencuba Sensitive Sun Cream ni. Memang tak nampak sangat perbezaan bila pakai sun cream ni.

Antara yang best pasal Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream ni ialah :

  • Tahan sehingga 12 jam
  • Melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
  • Melembapkan kulit (yeahh!!)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Kalis air dan pasir
  • Ekstrak kaktus menenangkan kulit dari rasa pedih, selamat digunakan bagi kanak-kanak dan kulit sensitif
  • Make-up base combination (tona warna yang natural, boleh digunakan sebagai krim muka)

Kalau aku hurai satu persatu kebaikan Sun Cream ni maunye esok pun aku tak habis menaip tau! Memang Sun Cream yang amat amat berlainan dari Sun Block yang ada di pasaran sekarang, pelbagai fungsi dan manfaat pulak tu! Beli tau! RM81.50 aje.

Haa.. satu lagi produk best yang aku nak share dengan korang ialah Beauty Clinic Masks. Ada 6 masks yang setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi dan manfaat tersendiri. Topeng muka kecantikan ni merupakan antara yang terhangat di Korea tau! Haaa best tak? Best tak?

Baiklah… mari sini mari rapat aku nak share dan nak perincikan dua masks yang menjadi kegemaran aku dan telah aku gunakan kedua-duanya. Semestinya pilihan hati aku ialah N.M.F Aquaring Ampoule Mask dan Vita Lightbeam Essential Mask.

Ini muka aku sebelum pakai mask. Dua minggu aku sangat sibuk dengan aktiviti minggu orientasi, kena pulak pergi kem PIMPIN Siswa yang wajib tu, lepas tu berkejar pergi kelas dan buat medical check up. Kulit aku jadi kusam dan kering sebab aku kurang jaga. Cuci pun bila ingat je.

Oh my ! Lihatlah betapa nipisnya Beauty Clinic Mask ini, yang diperbuat dari Silk Cellulose seperti yang korang lihat di atas. Mask yang sangat nipis ini membolehkan kulit untuk terus bernafas dan dapat menyerap nutrien dengan lebih efisyen dan pantas!

TARAAA… !! Inilah wajah saya setelah memakai mask Hansaegee ni! Best apabila kulit muka berasa lebih lembut, lembap dan segar ! Pasti keserian terserlah bak artis Kpop yang jelita-jelita tu! Cewahhh!! N.M.F Aquaring Ampoule Mask sememangnya berfungsi untuk melembapkan kulit, jadi sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering.

Bila aku pakai Vita Lightbeam Essential Mask pula, kulit dirasakan lebih segar dan bersih. Vita Lightbeam juga mempunyai manfaat untuk mencerahkan kulit. Haa, sangat sesuai aku pakai sebab aku baru balik dari kem! Jadi kawan-kawan semua jangan ragu-ragu dengan produk HANSAEGEE ya, sebab produk mereka dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tidak merbahaya kepada kulit kita.

Beauty Clinic Masks mempunyai 2 rangkaian: “Special Cure Line (Ampoule Masks)” berharga RM10.90/keping, dan “Intensive Care Line (Essential Masks)” berharga RM8.90/keping. Setiap satu daripadanya mempunyai manfaat yang tersendiri sesuai untuk keperluan individu. Haaa murah sangat kan? Harga memang mampu beli, lagipun seminggu pakai mask dua tiga kali je kan?

Jadi, dari mana anda semua yang membaca ni nak dapatkan produk yang aku dah sebut di atas? Layarilah alamat di bawah :

HANSAEGEE NATURE

Laman Web : www.hansaegee.com atau www.hansaegee.com.my

Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×