berita

‘Apa Saya Tulis Jadi Balik Pada Saya’ – Bob Lokman Mengaku Pernah Sombong, Anggap Ujian Kifarah Dosa

November 30th, 2018 | by faris
Kini Trending

Peminat muzik rock tegar sudah tentunya tahu lagu-lagu bergenre itu yang menjadi siulan ramai seperti Isabella, Taman Rashidah Utama dan Rendang Tak Berbuah liriknya ditulis Bob Lokman.

Tidak lagi aktif dalam bidang seni, Bob kini berjuang melawan derita penyakit jantung dan darah tinggi.

Ujian datang bertimpa

Bob menerusi Mstar menceritakan bagaimana dia mula sakit dan menanggung derita dengan masalah datang bertimpa-timpa. Dia dikatakan mula memperlahankan karier seni dan berhijrah setelah lumpuh pada tahun 1997.

Bermula daripada lumpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena sakit jantung dan darah tinggi.

Saya kuat merokok. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia.

Setelah lumpuh, Bob diuji pula dengan runtuhnya rumah tangga dibina apabila isteri melarikan diri meninggalkan dia dan anak.

Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun.

Dulu pernah sombong

Tindakan nekad isteri membuatkan Bob mengimbau kembali lirik tulisannya dan beranggapan apa yang ditulis benar-benar berlaku dan merasakan ianya kifarah.

Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya.

Malahan, menurut Bob lagi, seorang ulama pernah menegurnya sebagai sombong. Dia kemudiannya nekad memulakan proses hijrah dan tidak berpaling lagi.

Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya.

Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular.

Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya.

Anak pergi dulu

Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlebih dahulu sakit dan terlantar, namun takdir menentukan segalanya. Anak sulung yang menjaganya selama ini kembali ke rahmatullah 5 Oktober lalu.

Mohamad Adam, yang pernah mempunyai ketumbuhan otak ketika kecil telah meninggal dunia selepas rebah di rumah mereka di Sungai Buloh.

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis ubat dengan kos lebih RM1,000 sebulan.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×