Penyanyi Bob Yusof memberitahu dia bakal mengeluarkan beberapa buah lagu untuk tahun ini sebagai hadiah buat peminat.
Artikel Berkaitan: Bob Yusof Rindu Momen Raya Bersama Arwah Atuk & Monyet Peliharaan
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Bukan Penyanyi Keroncong, Seharusnya Beri Lagi Galakan & Penambahbaikan’ – Bob Yusof
Lagu tradisional moden dan lagu rakyat
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Bob berkata, sudah tiba masanya untuk dia mengeluarkan beberapa buah lagu dan bergerak aktif untuk tahun ini. Tambahnya, segala perancangan sudah pun dilakukan dan berharap peminat memberikan respon yang baik nanti.
Saya cuba untuk mengeluarkan beberapa buah lagu terutama lagu-lagu tradisional moden dan lagu rakyat. Tidak dilupa juga lagu-lagu pop ballad yang akan diselitkan.
Projek pertama sekarang baru sahaja siap rakaman suara dan penggambaran muzik video untuk lagu patriotik negeri Sarawak yang digubah semula oleh Amir Jahari.
Selain lagu ‘Sarawak Maju Makmur’ yang saya dendangkan, ada lagi satu lagu yang dibawakan oleh Dayang Nurfaizah juga.
Manakala projek kedua Insya-Allah Febuari ni akan keluar single pertama, kolaborasi antara saya dan rakan artis dari Singapura iaitu Diana Nazyra dan Dhwan dengan lagu ‘Tera Tari’.
Ujar anak kelahiran Sarawak ini, lagu ‘Tera Tari’ telah dirakam pada 20 Januari yang lalu dan penggambaran muzik video bakal diadakan di Singapura pada 11 Februari ini.
Disoal mengapa kerap ulang alik ke Sarawak sejak belakangan ini, Bob memberitahu dia menerima pelbagai undangan yang tidak putus di sana.
Saya banyak menerima undangan melakukan persembahan di sana. Lebih-lebih lagi, majlis yang berkaitan dengan negeri Sarawak. Alhamdulillah, rezeki tak putus. Di samping itu, keluarga saya juga berada di sana.