berita

‘Mereka Bukan Penyanyi Keroncong, Seharusnya Beri Lagi Galakan & Penambahbaikan’ – Bob Yusof

January 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, penyanyi, Bob Yusof tampil menyuarakan pandangannya berhubung persembahan lagu ‘Jampi’ berentak keroncong nyanyian Naim Daniel dan Sissy Imann di Famili Duo, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Saya Menyakiti Hati Ramai Orang Dengan Nyanyian Yang Teruk’ – Sissy Imann Mohon Maaf

Artikel berkaitan: ‘Apa Kamu Buat Malam Ni? Semua Tak Cantik & Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu

Artikel berkaitan: ‘Saya Tegur Sebab Sayang Dengan Bakat, Mahu Sissy & Naim Lebih Berjaya’ – Mas Idayu

Menurut Bob, Naim dan Sissy merupakan penyanyi yang berbakat besar dan mereka telah berjaya menyanyi dengan cara tersendiri. Idea menjadikan lagu pop kepada keroncong itu juga wajar diberikan pujian.

Mereka bukan penyanyi keroncong

Saya bukanlah pandai sangat dalam nyanyian keroncong atau asli namun apa yang saya tahu itulah yang saya ajar mahupun sampaikan tapi mengikut cara masing-masing. Keroncong adalah nyanyian yang memang lembut tapi Naim dan Sissy bukanlah penyanyi keroncong dan mereka sudah lakukan apa yang sepatutnya.

Ujar Bob, nyanyian Sissy dan Naim pada malam itu sudah bagus. Cuma, mereka tidak biasa menyanyikan lagu keroncong sebelum ini. Tambah Bob, mereka berdua seharusnya diberi galakan dan tambah baik dalam menyanyikan lagu tersebut.

Seharusnya berikan lagi galakan dan tambah baik lagi nyanyian mereka dengan memberikan ilmu yang diketahui agar Irama Malaysia terus berkembang dengan baik. Keroncong adalah irama yang sangat merdu untuk dinyanyikan namun ada juga ketegasan dalam penyampaiannya.

Nyanyian mereka juga tadi sangat serasi dan bagi saya mereka dah membawakan dengan cara mereka tersendiri namun tetap cuba mengekalkan lenggok keroncong walau susah bagi mereka, namun mereka terus berusaha dan mencuba, apa yang saya boleh katakan pendapat atau pendirian adalah hak masing-masing.

Bob turut mengucapkan tahniah buat Naim dan Sissy kerana berani membawakan irama keroncong d ipentas yang besar.

Jangan sedih okay anggap ini sebagai pembelajaran mana yang baik kita ambil mana yang buruk buang jauh okay.

Sumber: Bob Yusof

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×