Penyanyi Baby Shima menempelak tindakan pengguna media sosial yang merakam insiden seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan dengan beberapa buah kereta.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Mabuk Ke?’ – Tengah Tahan Sakit, Driver Lori Dituduh Mabuk, Netizen Gesa Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Keluarga Arwah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Isteri Nafi Tuduh Pemandu Lori ‘Mabuk’ – ‘Bukan Kami Sengaja Buat, Memang Bukan Salah Kami’
Tak tahu nak beza orang tengah sakit
View this post on Instagram
Bengang dengan perbuatan itu, Shima, 30, meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap perakam video terbabit yang tidak sedar dengan keadaan pemandu treler yang sedang menanggung kesakitan.
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata tindakan merakam video lalu menviralkan kepada umum sudah menjadi ‘trend’ sekarang.
Akak oi.. Tak tahu ka nak bezakan orang yang mabuk dengan orang menahan kesakitan? Lain kali kalau nampak orang kemalangan, jangan terus cakap, haa itu la mabuk, haa bawa laju sangat. Itulah orang Melayu kita.
Jangan macam itu. Tak salah kan kalau kita tanya awak okey tak? Saya hubungi polis, ambulans sekarang. Kan senang macam itu. Bodoh punya perempuan.
Sedekah Al-fatihah
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pelantun lagu Lalai memohon agar orang ramai sedekahkan Al-fatihah kepada pemandu terbabit yang meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Dengar cerita pakcik ini meninggal lepas kemalangan kerana serangan jantung. Al-fatihah buat pakcik, semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Terdahulu, viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.
Susulan itu, sepasang suami isteri telah menerima kecaman teruk daripada warganet. Bagaimanapun, pasangan ini menegaskan bahawa mereka bukan individu yang merakam video tersebut tetapi sekadar berkongsi selepas ia tersebar di aplikasi WhatsApp.
Sumber: Instagram @babyshimaofficial