Di Instagram, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan berpendapat pelakon, Hafidz Roshdi patut digam daripada industri hiburan tanah air berikutan kontroversi yang membabitkan dirinya dengan isteri, Nurul Shuhada.
Artikel berkaitan: ‘Jika Yang Disakiti Enggan Memaafkan, Maka Allah Pun Enggan’ – Athira Yuhada
Artikel berkaitan: Viral Kisah Isteri Hafidz Roshdi Ditumbuk, Athira Yuhada Muat Naik Posting ‘Penyebar Fitnah’ ?
Artikel berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?
Boikot daripada mana-mana stesen televisyen
Menerusi ruangan komen, netizen menyuarakan pendapat agar penerbit dan pengarah tempatan memboikot Hafidz daripada mana-mana stesen televisyen (TV). Tambah netizen, mereka akan memboikot semua drama mahupun filem lakonan Hafidz selepas ini.
Terdahulu, penerbit Datuk A. Aida menegaskan dia enggan menawarkan Hafidz untuk berlakon drama atau filem terbitan syarikatnya.
Menurut A.Aida keputusan itu dibuat atas sentimen ditunjukkan masyarakat selain tidak mahu perilaku Hafidz memberi kesan negatif kepada karya terbitannya.
Sumber: Instagram