Realiti bergelar seorang selebriti, tidak semestinya mereka akan dikenali setiap orang di luar sana. Ada yang sudah beberapa tahun menjadi seorang selebiriti namun hanya dikenali sekarang, bahkan ada juga yang pada awal kemunculannya sangat dikenali, namun popularitinya merundum selepas beberapa tahun mencipta nama. Namun, itulah yang dinamakan sebagai asam garam buat mereka yang menceburi bidang ini.
Seperti perkongsian penyanyi kumpulan Caliph Buskers Azmi Saat ini, beliau menceritakan sebuah kisah ringkas perbualan di antara dirinya dengan seorang pemandu Grab ketika sedang menggunakan perkhidmatan itu baru-baru ini.
Azmi kerja apa?
Saya dalam Grab ke Pertama Kompleks. Naik sahaja kereta Abang (pemandu Grab) tanya, Azmi kerja apa? Saya kerja sendiri saja Bang.
Kerja apa tu agaknya? Saya main muzik.
Ouh, biasa main di mana? Bergantung pada undangan Bang. Cuma kalau tak ada jemputan saya biasa di hadapan Sogo.
Ganti Caliph Buskers
Boleh ganti Caliph Buskerslah lepas ni. Hehehehe, saya tersengeh.
Abang Grab tanya lagi penyanyi Caliph Buskers tu siapa nama dia? Aaaa Azmi Bang.
Wow. Nama dah sama dah tu. Bolehlah jadi top macam dia lepas ni.
Dalam hati saya kata top apa kebenda Azmi tu. Kalau top takkan Abang tak kenal dia. Nampak sangat aku tak hensem sekarang ni.
Netizen terhibur
Ternyata perkongsian Azmi itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian yang berlaku terhadapnya.
Sumber: Facebook Azmi Saat