Penyanyi Azharina memaklumkan dirinya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video dia menyanyikan lagu La Bamba secara busking, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tiada Penyingkiran! 8 Bintang ASGV Berjaya Ke Final
Artikel Berkaitan: Didakwa Bohong Tak Pernah Menyanyi Lagu ‘La Bamba’, Ini Penjelasan Azharina Azhar
‘Nyanyi tunggang langgang’
Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata dia sudah berbincang dengan peguam yang dilantik berhubung isu tersebut dan menyatakan pihaknya mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa individu berkenaan.
Saya tahu siapa orang yang muat naik video itu. Jadi saya telah berbincang dengan tiga orang peguam saya berkenaan isu ini dan saya telah rakam serta simpan segala bukti.
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang isu ini tapi sekiranya masih berlanjutan saya tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Azharina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Sementara itu, pelantun lagu Elegi Sepi menjelaskan salah faham yang berlaku dan mengakui dirinya benar-benar terlupa tentang persembahan tersebut.
Saya dijemput ke acara itu sekitar enam atau tujuh tahun lepas yang video itu dirakam oleh kelab busker tersebut. Acara itu untuk kutipan dana buat arwah Hamid Gurkha. Ketika itu kapasiti saya sebagai presiden kelab artis Sabah dan bekas juara GV.
Saya menyanyi lagu itu, kalau anda dengar pun liriknya tunggang langgang, memang tidak betul nyanyian ketika itu. Kalau dengar semula video itu entah apa-apa saya menyanyi.
Jadi menyanyi di tepi jalan di hadapan Sogo memang saya tidak ingat, benda yang sudah tujun tahun lepas, boleh ke ingat kalau dah buat beribu-ribu persembahan?
Terdahulu, tular video memperlihatkan Azharina sedang menyanyikan lagu La Bamba secara busking di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.
Video tersebut mula tular apabila ada pihak mendakwa dia menipu Datuk Ramli MS kerana menyatakan tidak pernah menyanyikan lagu tersebut dalam mana-mana persembahan sebelum ini.