Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita memelihara ikan koi di dalam akuarium mahupun di dalam kolam ikan sebagai perhiasan di kawasan rumah. Agak pelik jika ikan perhiasan seperti ikan koi digoreng dalam kuali dan dijadikan santapan.
First time nampak kat kuali
Menerusi Facebook yang dikongsi pengguna Radhiah Yusoff memuatnaik foto ikan koi yang telah digoreng di dalam kuali mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata antara mereka tidak sanggup untuk memakan ikan koi itu kerana ikan itu sudah dianggap sebagai ikan peliharaan di rumah.
Boleh ke makan ikan perhiasan?
Aik? Biasa nampak ikan koi kat kolam, ni first time nampak kat kuali.
Soalan: “Boleh ke makan ikan perhiasan?”
Jawapan: “Boleh, ikan buntal pun orang makan. Jangan kau makan ikan koi jiran sebelah dah”
Sedap, isi manis
Malah, ada juga segelintir netizen yang berkongsi foto masakan ikan koi mereka di ruangan komen. Pelbagai jenis masakan yang disediakan termasuklah goreng kunyit dan mereka turut merasakan isi ikan koi itu adalah manis dan sedap.
Tak sanggup nak makan
Ada juga yang tidak sanggup melihat ikan peliharaan seperti ikan koi digoreng dan dimakan sebab ikan peliharaan itu tidak sepatutnya dibuat santapan.
Sumber: Radhiah Yusoff