berita

Boleh Kena Penjara 6 Tahun Kacau ‘Angry Bird’, Iceland Usul Larangan Berkhatan

February 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Lelaki Muslim diwajibkan berkhatan untuk mempermudah proses bersuci yang menjadi syarat penting dalam menentukan ibadah sah atau tidak. Kebiasaannya, berkhatan dilakukan ketika usia anak masih kecil sebelum ‘rasmi’ menginjak remaja.

Namun, hari ini lelaki bukan Islam juga turut menjalani proses tersebut atas alasan kebersihan. Walaubagaimanapun, tidak semua orang beranggapan pembedahan minor yang mengubah ciri kecil pada zakar itu sesuatu yang patut dilakukan.

Usul cadangan larangan khatan

Di Iceland, ahli parlimen negara itu mengusulkan untuk melarang proses berkhatan bagi kanak-kanak lelaki di sana. Cadangan itu turut meletakkan jika sesiapa yang ingkar larangan berkenaan akan dikenakan hukuman penjara selama 6 tahun!

Mereka mencadangkan, rakyat negara berkenaan yang membuang separuh atau keseluruhan bahagian kemaluan mereka akan perlu dihukum. Sekurang-kurangnya 5 parti politik bersetuju mengenai cadangan tersebut.

Campur tangan hal tubuh badan kanak-kanak

Menurut usul itu, tindakan mengarahkan kanak-kanak di bawah umur berkhatan adalah satu campur tangan ke atas anggota badan kanak-kanak tersebut.

Namun, usul itu menetapkan bahawa kanak-kanak boleh memutuskan sendiri sama ada ingin berkhatan atau tidak ketika mereka mencapai usia matang iaitu 15 tahun.

Pada 2016, Persatuan Perubatan Denmark mengharamkan amalan itu kepada kanak-kanak dengan mengatakan langkah itu adalah pilihan peribadi. Perkara itu bagaimanapun boleh dilakukan apabila meningkat dewasa.

Manakala pada Mei 2017 pula, Norway’s Progress Party (FrP), parti ketiga terbesar di Norway, menyokong rang undang-undang mengharamkan amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki berusia bawah 16 tahun.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×