berita

Boleh Mandikan Anak Ketika Demam? – Baca Dulu Penjelasan Doktor Ini…Penting!

July 25th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

d1.1

Ramai di antara kita yang bimbang bila anak jatuh sakit. Bagi anak yang menghidap penyakit seperti demam dan panas badan, kebiasaannya kita akan memandikan mereka untuk menyejukkan badan.

Persoalannya, betul ke boleh mandikan anak ketika demam? Ada saranan yang menyatakan biarkan sahaja anak aktif atau bermain sewaktu demam supaya dapat mengeluarkan peluh dan sebagainya. Apa cara terbaik dalam merawat demam anak kita? Jom baca.

Demam sebagai pertahanan badan bayi

d3

“Boleh tak anak saya mandi ketika demam?”

Soalan di atas banyak di soal pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa bertanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya Insha-Allah anak bangsa saya nanti pandai jaga anak ketika mereka demam. Harapnya jangan dipengaruhi oleh orang sekeliling, tapi bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yg BETUL…Ok?

1. Apa tu demam?

Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius….iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sbb si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sbg emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

Jangan guna ais atau air batu
d4

2. Cara-cara menurunkan suhu tubuh bila DEMAM.

A. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudahkan mengeluarkan panas dari dlm tubuh.

B. Adalah satu KESILAPAN jika anda:

1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS…sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, kerana air yang dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.

2. Apa tah lagi bila DEMAM ada yg suruh mandikan anak dgn AIR SEJUK. Kesian sianak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Klu nak buat esperimen…hihihi jika kita emak ayah DEMAM….cuba pi terus MANDI AIR SEJUK……Pijak lantai bilik air pun dah mengetar…apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Klu PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP…Biar periok tu sejuk dulu…baru basuhkan….bukan??

Menyusu & beri air yang banyak untuk bayi

d6

3. Hindari menyelimuti Si Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar, yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.

4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak…spt peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!

Mandikan dengan air suam

d5

5. Klu nak dimandikan juga bayi/kanak yg panas DIBOLEHKAN. Tapi air yg digunakan harus air yg hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.

6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Klu bayi/anak anda DEMAM BERPANJANGAN lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh vayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN. Segeralah bawa ke doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA daripada SAWAN PANAS TARIK “Febrile Fit”.

Nah, ini saranan terbaik dari Doktor Abdul Rahim. Semoga para ibu bapa di luar sana dapat ambil maklumat yang betul dan terbaik dalam memastikan kesihatan anak-anak terjamin. Adakalanya, kita perlu jugak tahu macam mana nak rawat anak dengan betul. Jangan sesekali main hentam keromo sahaja. OK geng?

Sumber: FB DrRich DrRahim

SKIP THIS AD ×