Pelantun suara ‘Kembali Terjalin’ iaitu Zamani berkata dia sudah mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras, pada 7 November ini.
Artikel berkaitan: Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Bayaran Konsert, Penganjur Dedah Untung Hanya RM4635
Artikel berkaitan: Tutup Kutipan Dana Untuk Zamani, Pak Nil Ucap Terima Kasih Buat Semua – ‘Memang Luar Biasa’
Artikel berkaitan: Pengurus Zamani Mohon Semua Pihak Tangguh Soal Kutip Dana
Pembedahan besar yang pertama
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim memberitahu bahawa persediaan dari segi mental sememangnya sudah sempurna, namun dari segi fizikal sukar dijangka.
Saya dah ikut saranan doktor dari segi diet dan pengambilan vitamin. Insya-Allah, mudah-mudahan kesihatan saya berada pada tahap yang baik menjelang hari pembedahan. Saya memang fokus kena buat juga pembedahan ini. Saya tak dapat buat proses tebuk seperti yang diberitahu sebelum ini kerana yang itu untuk masalah yang tak terlalu banyak.
Tambah Zamani, ini merupakan pembedahan besar pertama yang akan dilakukannya selepas pembedahan membuang batu karang lebih dua dekad lalu.
Perasaan takut itu kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang bakal saya jalani. Saya dimaklumkan pembedahan itu akan memakan masa selama dua jam setengah. Sebelum ini saya hanya buat pembedahan minor iaitu membuang batu karang. Untuk pembedahan itu nanti, saya akan ditidurkan.
Bercerita lebih lanjut, Zamani berkata dia boleh bergerak seperti biasa selepas pembedahan dilakukan. Mengikut penerangan doktor, dia boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh. Sepanjang tempoh tersebut, dia perlu mendapatkan rawatan susulan dan juga menjalani latihan fisioterapi.
Sumber: Harian Metro