berita

Bollywood : Saksikan “Yoyo Honey Singh & Friends Live In Kuala Lumpur” Disember Ini!

December 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Mungkin anda tidak pernah mendengar nama penyanyi di atas? Atau mungkin anda pernah lihat tapi masih tertanya-tanya siapakah dia? Apa yang pasti, pembaca-pembaca setia OHBULAN! pasti biasa menonton filem Bollywood dan juga pernah mendengar lagu-lagu Bollywood, kan?

Yoyo Honey Singh, 28, sebenarnya adalah salah seorang dari pengarah muzik yang telah banyak melibatkan diri didalam filem-filem Bollywood. Walau baru berusia 28 tahun, Yoyo sudah mempunyai hampir 20 buah single dan juga kolaborasi. Dia juga telah menjadi pengarah muzik untuk lebih dari 10 orang penyanyi di Bollywood.

Apa yang lebih menarik, Yoyo Honey Singh telah dilaporkan sebagai penerima bayaran paling tinggi untuk lagu yang dihasilkannya dalam sejarah industri muzik Bollywood. Walaupun Honey Singh merupakan graduan muzik dari Trinity School, namun dia lebih selesa menghasilkan lagu dalam bahasa kelahirannya, Punjabi.

Menurut Datuk Malek Ridzuan, beliau yakin konsert ini akan mendapat sambutan memandangkan tahun sebelum ini jualan tiket sangat memberangsangkan.

“Macam tahun lepas, kami buat juga konsert seperti ini. Kami jangkakan hanya 1 atau 2 ribu sahaja peminat yang datang, tapi lebih 3 ribu peminat yang hadir,” ujar beliau.

Ditanya apakah kekuatan yang akan menarik hati peminat untuk menghadiri konsert “Yoyo Honey Singh Live In Kuala Lumpur”, beliau menjawab, “Bollywood bukannya baru, sudah lama ia ada di sini. Ia tetap mempunyai tarikan tersendiri.”

Konsert ini akan diadakan pada 22 Disember 2012 bermula jam 7 malam – 2 pagi bertempat di Kuala Lumpur Live Center. Yoyo akan turut hadir bersama Jaz Dhami, J-Star, Alfaaz dan juga Money Aujla.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan tiket secara online di Ticketcharge atau di lokasi terpilih dengan harga bermula RM99 (sold out), RM149, dan juga RM199. Maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi atau laman web, Yoyo 2012.

SKIP THIS AD ×